Pejam celik kan, dah dekat 10 tahun aku berulang alik pergi kerja di Kuala Pilah ni.
Tak dapat dinafikan, Kuala Pilah ni sebuah daerah yang cantik.
Kalau dari permulaan highway Bukit Putus tu,
untuk sampai ke pekan Kuala Pilah tu sendiri, kita akan melalui kawasan pergunungan. Kalau pagi-pagi lalu dekat highway Bukit Putus tu, memang boleh nampak awan dan kabus berkepul-kepul atas Gunung Angsi, kalau time lalu tu kena pulak dengan waktu syuruk, lighting dari matahari yang collab dengan langit dan awan-awan tu, memang sangat indah!
Nantilah kalau ada kesempatan boleh snap gambar, tapi semestinya lebih indah kalau tengok dengan mata kepala sendiri kan.
Lepas dari Ulu Bendul tu, akan lalui satu jalan lurus dalam 2km kot, tepi kawasan sawah, yang belakang sawah tu, ada bukit. Huih dia punya indah.. memang tak dapat kata-kata yang sesuai nak gambarkan.
Melalui Terachi, ke Tanjung Ipoh, sebelum sampai ke Melang, memang kena lalu jalan jalan kampung yang berliku-liku, tapi tak apa, sebab view cantik.
TAPI, yang tak best nya adalah, jalan yang berliku-liku tu (alhamdulillah dah banyak diluruskan sejak 2011), dia akan jadi sangat mencabar, terutamanya pada waktu pagi kita yang mana datang dari arah Seremban ni, nak berkejaran masuk kerja. Worse, bagi kami yang bawa anak sekolah di Pilah, sekolah kan masuk 7.30.
Dalam menikmati pemandangan indah tu, kami perlu juga untuk bergerak pantas!
Tiba-tiba di pertengahan jalan yang berliku-liku penuh double line dan selorong tu, ada pulak:
- Lori besar berat yang merayap..
- Kereta yang tak taulah terlebih menikmati pemandangan agaknya sampai bawak 30-40km/j
- Kemalangan (nauzubillah hari2 berdoa tak berlaku benda ni pada sesiapa pun)
- Budak sekolah terlepas group melintas ramai-ramai, maka penjaga traffik depan sekolah tu akan berhentikan aliran trafik sebab nak kasi budak tu melintas (assobaru minal iman syazni...), dahlah sepanjang jalan tu ada 3, 4 sekolah.
- Kereta tuan rumah nak belok ke rumah dia dekat belah kanan, maka sementara dia belum belok ke lorong/pagar rumah dia, kami dengan riang gembira akan beratur bersama tuan rumah yang tengah bagi signal untuk belok, tapi tak belok-belok jugak.. arghhh!
- Kambing atau lembu tiba-tiba melintas. Dah terkojot semua kereta, kadang-kadang berlanggar dibuek eh!
- Ada kereta playing tourist, merayap dan acah-acah nak berhenti, tapi tak jadi, nak berhenti, tak jadi, sebab dia nak berhenti dekat kedai breakfast viral tepi sawah-sawah tu. Kalau kami kena kerja weekend, selalunya untuk jaga exam, selalu jumpa kereta-kereta macam ni dekat area jual makanan salai dan petai-petai tu. Sesungguhnya iman itu amat nipis..
- Anak termuntah. Dahlah nak cepat, anak muntah. Kau rasa nak nangis tak? Dahlah lagi teruk kalau dia muntah tu, kena baju kita, dan pagi tu ada kelas pukul 8 pagi 😭, lagi haru, kalau ada meeting dengan orang besar..huwaaa
- Orang baiki jalan. Dah namanya jalan berliku dan double line, dia akan tutup sebelah, lepas sebelah, bergilir-gilir. Aku cuba husnuzon lah kan bahawa diorang dah kerja membaiki tu dari malam, cuma tak sempat siap masa matahari terbit, sebab tu seawal 7 pagi dia dah buat kerja 😭
Masa bujang dulu, akhir tahun 90-an, saban minggu naik bas dari Seremban lalu Kuala Pilah ni untuk ke Triang..Memang mendamaikan..Masa tu tak ada lagi itik salai tepi jalan..haa
BalasPadammasa tu mesti lalu jalan lama bukit putus yang ada 33 lipat tu kan hehe
Padamkena slow down betul dekat area ni kan.. sbb benda boleh muncul mengejut.. hope sapa2 yg lalu area ni.. slow down la... takyah nak laju2 sngt .. bukan highway
BalasPadamslow sikit takpe, jangan terlalu makan angin huhuhuk
Padamlama x pegi Pilah rasanya 2 thn dah last pegi kenduri abg ipar nk pegi haji tahun 2o18
BalasPadammasa arwah kakak ipar sis ada memang rajin ke pilah tido sana, boleh dikatakan kerap ke sana arwah rajin masak2
rinduuu nk ke rumahnya skrg abg ipar dan anak bungsunya je
kat Pelangai.
Oh Pelangai, dekat sangat tu dengan ofis saya hehe
PadamWow! Mecabar jgk syazni nk sampai opis. Moga sentiasa dalam lindunganNya 😊
BalasPadamamin ya rabbal alamin.. terima kasih atas doa ;)
PadamPernah 2 kali lalu jalan bukit putus, suka tgk bangunan muzium kt bdr Pilah..
BalasPadammuzium seri menannti ya? itu selalu lalu sebagai jalan alternatif sebab jalan jem hahaha
Padamyup..suka tgk senibina dia..
PadamKlasik kan, pernah masuk melawat dalam dia beberapa tahun lepas :)
Padamuncle pon suka jalan kampong... sebab banyak tempat makan yg sedap2
BalasPadamhaaa itu betul hehe
Padamakak biasa dengar citeseram pasal bukit putus tu hehe
BalasPadamhaha banyak cerita seram kan! Saya pernah kena sekali..huhu
PadamRASA BELUM SAMPAI KE PILAH SEREMBAN N PD PERNAH JUGA
BalasPadamInsyaallah ada rezeki boleh datang sini kak PI ;)
PadamCantik pemandamgan tapi kalau Ada byk HAL.selanjang perjalanan mmg potong mood kn
BalasPadamsangat2 kak terutama bila kita nak pergi kerja huhu
PadamIndah dan cabaran dua dalam satu ni.
BalasPadamaha tepat sekali PC!
PadamZaman dulu pernah lalu jalan bukit putus yang berliku2 tu
BalasPadamJalan tu masih ada wak, cuma seram den nak lalu hahaha
Padammemandulah dengan berhemah..semoga anda sampai ke destinasi dgn selamat....
BalasPadamInsyaallah, terima kasih abam kie :)
Padamhati-hati di jalan raya
BalasPadaminsyaallah terima kasih mizi :)
PadamBelum pernah lagi lalu jalan Bukit Putus tu. Selalu dengar orang bercerita je
BalasPadamhehe..jalan baru dah ok dah, yang urban legend tu jalan lama dia tu hihi
Padamdulu pernah la beberapa kali ke rumah kwn di ulu bendul kene lalu bukit putus tu, lalu lak waktu malam... aduhai seramnya
BalasPadamjalan situ sangat berliku2... kalau lah lalu tiap pagi mcmnelah yek, memang sangat menguji kesabaran memandu di waktu pagi di hari kerja, sebab tu akak suka keluar rumah awal pagi supaya tak hadap benda-benda gini, cuma itulah akak kerja idok lah lalu jln yg mencabar mcm syaz tu huhu... moga di permudahkan utk pindah ye
Keluar memang masa matahari belum terbit sepenuhnya lagi kak, tapi itulah, jauh kan hahaha memang hari2 kena bersobarrr
Padamhahahaha cuba la tanya orang kuala pilah kot ada yang nak tukar rumah...🤣🤣🤣
BalasPadamkih kih.. tapi sayang rumah kat senawang, acaner :P
PadamBertabah lah 💪💪
BalasPadamterima kasih! :)
PadamTak jauh ke sis Seremban - Kuala Pilah?
BalasPadamTak jauh sangat sebenarnya, cuma jalan dia tak boleh nak laju hehe
Padamkalau shida sndri pun stress ^_^
BalasPadamkan shida..sabau je la
Padamwow Kuala Pilah.. mummy singgah beli barang emas saja di sana sejak viral emas murah tapi bila bandingkan tidaklah terasa murah sangat pun.
BalasPadamkami selalu lalu jalan-jalan tu jika nak balik ke Serting.
Itulah, ramai kata emasnya murah, tapi saya sendiri last beli emas disini pun masa nak kahwin je, jadi tak reti nak komen bab emas hahaha
PadamDah lali dengan jalan ni. Selalu elak balik kampung on weekend atau musim perayaan. Dia punya jammed boleh bawa sampai berjam-jam. Tapi kalau jammed ikut sri menanti lah jawabnya. oh jalan tu baru tar eh. patutlah semalam balik kejap macam baru tar je jalan tu.
BalasPadamAah la tu, mesti baru lalu lepas dia tar kan? hihihi
PadamBetul tu, memang kalau terpaksa, lalu sri menanti jugak, long cut tapi at least bergerak
Mencabar betul syaz jalan ke kuala pilah dari seremban tu. Ku yang jarang2 lalu pun. Bila lalu stress jugak. Hehehe.
BalasPadamLama dah syaz ulang alik tu. 10 tahun. Moga ada rezeki Syaz nk tukar keja dgn orang seremban
Mencabar kan? hahaha.. itulah yang dihadap hari2..hehe
Padamaminn untuk doa ;)
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.