Jumaat lepas, masa tengah on the way pergi makan dengan mak abah, dalam perjalanan tu terserempak dengan 'Bumblebee'.
Abah pun apa lagi, terus suruh adam dan amir posing lah dengan Bumblebee tu kan.
Sebenarnya Bumblebee tu macam maskot untuk satu produk program perkembangan minda kanak-kanak, kalau tak silap nama dia Grolier kot?
Entahlah tak ingat sangat, sebab tak berminat.
Eheh..
Ha posing jangan tak posing.
Memang teruja la adam amir, nak nak si Bumblebee tu duk pegang-pegang kepala dia la kan.
Lepas settle tangkap gambar, kami pun pergilah makan.
Nanti next entry boleh cerita pasal makan-makan tu pulak 😉
Lepas tu, masa balik, aku dan zaimi suruh mak abah dengan anak-anak tunggu kat foyer je, sebab penat jugak nak pusing-pusing mall tu nak naik semula ke parking di tingkat empat.
Jadi, masa tengah tunggu lift, aku pun nampaklah suit Bumblebee tadi tersusun dekat tepi fire hose sebelah lif tu.
Aku pun sajalah tangkap gambar.
Bila masuk kereta, sajalah tunjuk dekat amir.
Saja nak gurau-gurau, aku pun kata kat dia,
"Amir, tengok ni Bumblebee dah mati"
Gais..
Sekali amir jadi sangat tak keruan.
Dia keep on tanya apa yang jadi kat Bumblebee tu sampai hancur macam tu. Dia memang tak puas hati langsung dengan jawapan-jawapan yang kitorang bagi hahahaha
Macam nak menangis dah dia, agaknya sebab teringat baru je si Bumblebee tu pegang-pegang kepala bahu dia semua tadi kan.
Jadi abah la kena pujuk dia, bagitau benda betul, kata orang yang dalam Bumblebee tu pergi mandi, sebab tu dia bukak baju.
Tanya pulak, mana bilik mandi la apa la
😂😂
Aduh, tak sangka amir overthinking pasal tu.
Silap betul aku gurau macam tu dengan dia.
Lepas abah dah pujuk-pujuk, terus dia tertidur dalam kereta..
Amir..amir..
Itulah kisah Bumblebee dan Amir yang sebenarnya tersakiti di sini kikiki..
haha. Kesian, fikirkan nasib Bumblebee.
BalasPadamhahaha tu lah, tak keruan dia
Padamhahaaa... bubble mandi. bebudak selalu fikir perkara yg kita tak duga 🤣
BalasPadamitulah hehehe
Padamhahahaa! Kesian Amir kena sakat ya.
BalasPadamkikiki.. :P
Padamhahahha comel je kecik-kecik dah overthinking.. lepasni kena berjaga-jaga lah ye kalau nak gurau pun heheh..
BalasPadamtu la aiman, kena pilih2 topik untuk bergurau hehehe
PadamHuhu.. Kesian pun ada rasanya hehe
BalasPadambetul, kesian pulak tengok dia masa tu hihi
PadamKesian Amir
BalasPadamhuhuhu betul tu wak kesian dia
PadamCaring betul dia kat bumblebee ek.. hehehe
BalasPadamkan! tak sangka omak hehe
Padamsian amir prihatin sgt kat wira dia tu
BalasPadambetul kak PI, prihatin benar dia hehe
Padambudak2 punya imaginasi, kita pun tak kalah
BalasPadamhahaha kan atie!
Padamhahahah itulah kan sapa suruh gurau gitu, kan... udahla dia suka bumbblebee tu... salah emaknya lah ni heheheh
BalasPadamkalau mcm si aiyan pun sama je gayanya mcm amir, dia suka tanya tanya dan tanya tak boleh gurau lain sikit lepas tu menjawabla bila dia tak puas hati dgn jawapan kita
itulah kak dana, sama lah amir dengan aiyan ni ha..nyosal omak eh cakap camtu hahahaha
Padamplot twist rupanya hahahah
BalasPadamhahaha pening omak!
PadamAloloooo.... kesian Amir. Anak-anak memang polos sangat pemikirannya kan.
BalasPadamsangat2.. dia berkerut2 memikir nasib malang bumblebee tu haha
Padamadoi la..jenuh nak layan soalan2 dia yer.
BalasPadamtau tak pa hahaha
Padamdengan bdk2 jgn main2 wooo dia punya fikir smpai diluar kotak ..jenuhhh nk mnjawab ^_^
BalasPadamtau takpe hahaha!
PadamOhh amir yang sebenarnya tersakiti. tersusun elok je suit bumblee tu ha..
BalasPadamhihi tu yang dia marah sangat tu
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.