Sabtu lepas punya cerita ni, lepas balik dari makan di Arrobah Maju tu, ajak zaimi pergi kedai pokok.
Sebab sejak kebelakangan ni, adalah terbaca pasal indoor courtyard, ala yang orang buat satu ruang ada pokok besar dalam rumah, yang ada lighting cantik-cantik tu ahaha!
Contoh macam ni:
Dan ada banyak lagi contoh dekat SINI
Mungkin umur pun dah semakin tinggi ni kan, jiwa pun dah berubah hahaha
Ok berbalik pada cerita, lepas makan, kami pun ke kedai pokok bersebelahan dengan shell dekat jalan besar di Senawang ni.
Siapa selalu lalu, mesti perasan ada kedai pokok sebelah tu, walaupun agak tersorok.
Ambik gambar Shell dari sebelah kereta je masa ni, tak berapa gigih nak jalan depan sikit.
Kedai dia scan QRcode MySejahtera, dan memang kena patuh SOP.
Anak-anak pun tak dibenar buka mask tau.
Nak tunjuk rupa dia yang tersorok tu.
Kalau tak perasan, memang tak nampak.
Aku perasan mungkin sebab hari-hari lalu hehe..
Suka tengok hijau-hijau ni..nyaman je rasa..
Ini antara pokok-pokok dia yang belah luar, dia ada satu lagi pagar, dalam tu ada banyak lagi pokok-pokok macam-macam saiz.
Ikut hati nak beli banyak, tapi itulah, tangan tak berapa nak sejuk, selalu mati pokok-pokok. Haha!
Zaimi kata belilah sikit-sikit, nanti kalau mati boleh beli lagi.
Budak ayu yang kena pakai mask tak boleh bukak.
Redha je dia.
Abang-abang tak apa, dah biasa.
Lepas dah masuk pagar lagi tu, aku pun lupa nak tangkap gambar dah.
Menikmati dengan bebola mata je haha
Ni masa dah settle beli pokok untuk ruangan courtyard.
Amir sibuk suruh tangkap gambar dia yang dah berpeluh lencun tu.
Kalau nampak dekat belakang ada kereta sorong, dalam tu ada pokok yang kitorang beli tu.
Dengan pokok-pokok kecik sikit.
Aku punyalah excited masa tukar pasu pokok tu, sebab tokey belanja 1 lapis batu halus warna putih untuk letak atas lapisan tanah hitam tu. Lawa sikit untuk pokok indoor dia kata.
Keberangkatan pokok-pokok untuk masuk kereta.
Asal nak beli 1 pokok sangat besar!
Nasib baik zaimi ikut sekali pergi kedai pokok ni, jadi beli yang besar tu je lah, sesuai dengan kawasan yang aku nak letak dalam rumah nanti.
Kalau aku pergi sorang-sorang, silap-silap pokok balak aku bawak balik hahaha
Dia jadi lupa diri tu, sebab kat kedai ni boleh bayar pakai online transfer.
Tak bawak cash pun masih boleh bayar..huu
Nasib bawak exora, jatuhkan seat belakang untuk letak pokok-pokok.
Budak-budak menyibuk tengok.
Ayu tu sebenarnya belah depan dah habis kotor bertanah, sebab asyik berlari, tersepak batu, jatuh gedebuk.
Nasib baik seluar tebal, tak luka lutut.
Ambik sikit gambar orang yang buat online transfer tadi hahahah
Tenkiu zaimi.
Disebabkan pokok tu agak tinggi, kena letak belakang seat aku.
Tak apalah kan, ingat semua akan berjalan lancar, sebab rumah dekat je.
Sekali bila kereta dah jalan, adik ayu sepatutnya duduk atas aku, dia taknak. Nak duduk belakang dengan abang-abang.
Baru sampai selekoh yang dekat twin baby depan tu sikiittttt je, masa zaimi belok, dia hilang imbangan sebab dia berdiri, maka dengan penuh kelembutan dia terduduk sambil tangan tarik daun pokok tu.
Maka tergoleklah pokok tu, terburai tanah bersama pasir putih yang tokey bagi free yang dia letak cantik bahagian permukaan atas tanah tadi.
😭😭😭😭
Haih..
Maka bila dah sampai rumah, zaimi ambik je semua tanah yang tumpah tu, tuang je masuk pasu tu balik, maka tak adalah lapisan putih tu dah, dia dah jadi macam tanah bergaul dengan pasir putih
-_-
Ha kat sinilah aku letak pokoknya hahaha..
Kat tangga je ada ruang cahaya macam tu, dekat ruang tamu rasanya masih belum sesuai dengan anak-anak power rangers aku ni.
Jadi tiap kali naik tangga, aku akan rasa gembira walaupun pokok tu tak sebesar yang aku angan kan hahahah
Tapi nak kata tak besar pun, dia lagi tinggi dari adam.
Rupa dia dari tingkat atas.
Tengoklah pasir yang dah tinggal bintik-bintik je tu hahaha
Sabar je lah.
Itulah sahaja kisah syazni yang berangan nak ada courtyard 😛
Jangan lupa siram.
BalasPadamSabar sahajalah dengan budak Ayu, tidak boleh jerkah. Nasib baik pokok masih cantik.
betul NA, nasib baik pokok tak patah huhu
Padamtak apa,mana tahu angan-angan jadi realiti?
BalasPadamkan? hahahah
Padamhahah selalu klu kita baru minat apa2 yg rasa mcm org2 tua.. mesti kan salahkan faktor umur heeheh
BalasPadamitu lah hihihih
PadamCantik. Lepas ni boleh tambah koleksi letak di sudut lain pula.
BalasPadambetul2, sedang difikirkan jugak ni ada ruang sesuai tak hehehe
PadamGeram tengok nursery tulah Syaz...memang rambang mata.
BalasPadamKalau tengok gambar dengan Adam, nampak besar pokoknya.
Moga pokok kekal sihat membesar dengan jayanya, terapi mata dan jiwa sungguh kan :)
Tiap kali naik tangga mesti tersenyum je nampak pokok.
betul, geram sangat kat nursery tu, semua rasa nak beli, macamlah laman besar sangat hahahaha
Padambetul, naik tangga dengan keriangan sekarang :P
Nice courtyard gitewww kak. huhu. boleh tambah oksigen dalam rumah dan udara segar juga kan kak. huhu.
BalasPadamhehe semoga udara bertambah segar :)
Padamya allah, kalau cantik macam ni i pon teringin
BalasPadamcantik kan yang contoh2 tu..huhuhu
Padamcantik jugak, sebab dia pokok hidup, insyaallah, akan besar spt yg diangankan
BalasPadamamiinn... moga2 dia terus membesar sampai ke tingkap atas tu hahaha
PadamWak tanam pokok kat kebun aje.
BalasPadamDalam rumah adalah beberapa pokok bunga plastik
tapi wak pandai tanam pokok, kena berguru ni hehehe
PadamAkk narnye dah pernah buat kotyad tu, tapi pokok kecik la, ada tambah pokok2 kecik lain keliling dia, tapi mungkin sistem 😅😅 pencahayaan tak berapa elok, pokoknya macam tak berapa nak cantik, tapi pokok biasa jelah..masa dok kat luar tu kemain cantik daun dia, buat masuk dalam jadi tak bermaya..last2 pindah keluar balik.
BalasPadamCantikla pokok syaz tu, akak rasa pokok camtu mesti capai ratus juga kan, so kena jaga elok2lah ye, siram baja semua tu..hehe...pandai tak akk bagi nasihat..
Pokok tu campur pasu baru dia tu, tak sampai 100 kak, kalau mahal2 saya tak beli, saya kedekut ahahaah
Padamitulah, sehari dua ni hujan je, gelap je hari, cahaya masuk situ pun nak tak nak je, kalau tidak, memang kena duduk luar jugaklah nampaknya pook tu kak ahahaha
Eh murahla kalo tak sampai ratus tu sbb ada pasu sekali kan. Tapi akk rasa mgkin belah2 sana murah sikit kot, sbb satu hari tu akk balik rembau umh MIL, pi pekan jumpa pokok bunga tu satu pasu rm12 je, padahal kat sini rm15.
Padammungkin la tu kak :)
Padamnsb baik pokok masih ok..
BalasPadamsabar jela ngn bdk2.. hihi
itulah, nasib masih ada rezeki bela pokok tu ahaha
Padamcantik kak pokok tuu 😍 lagipun bagus kalau ada pokok hidup mcm ni dekat dlm rumah, sbb boleh bantu peredaran udara dan bole jadi terapi minda kannn 😊
BalasPadamterapi minda tu sangatlah betul hehehe
PadamApa nama pokok tu wak? Nampak cantikla..
BalasPadamOrang kedai cakap namanya pokok Ficus hehe
PadamSegar aje mata tengok pokok-pokok hijau ni
BalasPadamkan, sekarang memang suka pergi tempat2 hijau macam ni
Padamkena inform mama & along ammi. dorang je yg rajin gi nursery bagai. Biasanya pegi yg paling dekat dgn rumahlah dekat Petronas jalan pantai tu
BalasPadamOoo yang tu tak pernah pergi lagi sana
PadamTeringin juga nak ada courtyard. Tapi buat masa sekarang takdapat lah. Kena reno rumah ada ruang cahaya baru boleh. tak ada bajet. Diam diam dulu. pokok indoor yang kecik kecik je boleh letak dalam rumah. Pokok akak beli dah kira pokok besar dah tu. Syok dapat sebab harga pun boleh tahan juga pokok besar camtu
BalasPadamtu la AMN, seronok sangat walaupun tak pasti lama tak bertahannya ka situ hihi
Padamcantik pokok & pasu...nampak berseri ruang tangga..
BalasPadamsangat berharap pokok kekal sihat hehe
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.