Sejak ikan swordfish yang terakhir mati beberapa minggu lepas, akuarium ni zaimi kosongkan.
Akuarium ni pun kira macam akuarium kedua kat rumah ni, ada satu lagi untuk ikan-ikan besar.
Ini beli untuk ikan-ikan kecik macam guppy, swordfish, molly..
Tapi nak dijadikan cerita, ada satu hari tu, adam tercurahkan sebotol makanan ikan dalam ni, sebab tutup dia terbukak ke macam mana entah.
Habis tanah hitam, pokok hidup, semua tak dapat diselamatkan.
Ikan pun makin lama makin habis, semua pakat mati.
Zaimi kata sebab air dia dah lari banyak pH, walaupun dan sedut keluar sikit-sikit makanan tumpah tu.
Dan, kebetulan masa tu lampu akuarium tu pulak meletup, sebab terkena air masa zaimi tengah sedut makanan yang tumpah tu.
Jadi, memang terbiar la dekat sebulan.
Kebetulan kami malas nak keluar pulak beberapa weekend, sibuk layan drama hahaha
Jadi, minggu ni tak ada drama yang kami layan, maka kami pun keluarlah ke kedai akuarium di Seremban 2, Xian Loong nama kedainya.
Aku seperti biasa, mudah tergoda.
Kah kah..
Jadi aku tergoda beli hiasan akuarium yang baru, rumah kayu atas bukit dan kapal karam tu.
Lupa pulak akuarium tu saiz dia kecik, dah sempit..hahaha
Dan aku request untuk bela 100 ekor ikan guppy, tapi zaimi luluskan 20 ekor je, ajerr gilerr dia kata nak letak 100 ekor 😜
Abaikan suara anak-anak aku bertekak tu eheh..
Kami oernah try bela...akhirnya mati
BalasPadamkami pun selalu mati ikannya, tapi beli lagi hahaha
PadamSaa pun adaaaa Ikan Guppy. Kaler Merah Biruuuuu~ Sekor je, kesian diaaa
BalasPadamhihi carilah pasangan untuk dia sekor ;)
Padamwah cantik
BalasPadamhee :D
Padamcantik la syaz..shida suke akuarium mcm ni..nmpak menarik dan unik..ade hiasan mcm tu..teruja tgk hehee
BalasPadamkan! tapi saya setakat suka tengok je, jaga malas..maka zaimi la yang kena jagakan hahaha
PadamSuka tengok ikan berenang. Rasa macam tenang.
BalasPadamDulu penah bela ikan kaloi dalam akuarium. Besar dia sampai macam tak selesa dia dalam akuarium yg kecik tu, Suatu hari dia melompat keluar. Jadi habuan kucing jiran. Tak tahu dia bunuh diri sebab stress atau tak sengaja. RIP "Brian" (nama ikan tu)
uhuhu.. ~
Aduhai Brian.. semoga Brian tenang di sana kih kih
Padamcomeynya ikan guppy 20 ekor pun dh penuh akuarium tu
BalasPadamitulah, nasib tak beli 100 hahaha
Padamwahhh cantik... tenang je tengok ikan-ikan tu berenang, tapi 100 ekor tak muat akuarium tu kot...
BalasPadamkita tak boleh beli ikan, si aiyan takut dengan ikan... dia kata mulut ikan tu macam nak makan dia hahahhah
ahaha comelnya aiyan fikir macam tu ya ;)
PadamTeringat pula dulu ada bela molly tapi ntah kenapa dia tak suka share tank aquarium dia.
PadamAsyik tengok ikan2 tu berenang.
samalah, molly sombong sikit kan, suka gigit2 hahaha
Padamcantik la decoration dlm tu, ada kapal ! and 100 ? aduh kena perbesarkan akurium sbb nt mcm mna diorg nak berenang bebas hehehe
BalasPadamahahaha :P
Padamteruk tak angan2 akak awak ni atie ahahaha
boleh lg tu letak 100 ekor ikan tp dgn syarat akuarium kena upgrade laa nmpk nya heheheh...
BalasPadamehehe..harapnya laki saya baca cadangan ini kih kih
PadamIkan kat rumah pon baru jew mati... Sayang sebab ikan tuu dah bertahun tahun bersama cikbunga 🌹
BalasPadamaduh..kenapa dia mati tu? takziah cikbunga <3
Padamcantik hiasan akuarium, suka2...tgh stress, tengok ikan berenang rasa tenang je..
BalasPadamkan, kadang2 memang perlu terapi pandang ikan ni ;)
Padamhaha mura sgt ke smpai nk bli 100 eko tu..yg penting saiz akuarium tu..hehe
BalasPadamitu namanya perasan kaya sebenarnya belum tentu mampu hahaha
PadamGigih benor nak bela 100 ekor. haha. K.fiezz pun ada gak bela 2 ekor ikan kat rumah. Tapi baru2 ni sekor dah mati. #sedih..
BalasPadamaduh sedihnya k.fiezz T_T
Padamrajinnyaaaa bela! nak cuci akuarium lagi ikut masa...dulu suka gak bela, skang tak sempat lerr..plus kucing banyak sangat, takut tinggal akuarium je nanti..ahahahaha
BalasPadamsunah, laki den yang amek part cuci tu ahahaha..
Padamhahahaha banyak betul sampai 100 ekor! Dulu pernah la bela sekor tapi esok lusa mati dah hahaha sedih!
BalasPadamhihih.. yang beli 20 ekor ni pun, ada yang dah mati ni ha...sedeyyy
Padamaduh kak 100 ekor banyak tu. selisih bahu ikan ikan nanti. hihi..kena beli aquarium baru tu. lulus 20 ekor pun jadilah. Dulu beli gak swordfish tu, beberapa hari je dah mati. Baru tahu yang swordfish ni kena hidup dalam aquarium yang luas. Kalau tidak ikan akan jadi stress dan mati katanya. Effect juga rupanya saiz aquarium ni.
BalasPadamooo...swordfish suka lapang2 rupanya ya, baru tau ni ;)
Padamleh la geng ngan Ian, minat tul bela ikan. bgn pagi tgk ikan..nak tido pun tgk ikan lu.
BalasPadambangun tengah malam masa nak buat susu anak pun boleh menung jap tengok ikan haha
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.