Entry kali ini masih pasal pisang. 🍌
Moga-moga anda semua tidak pishang. 😂
Ya, ada orang yang memang tak layak nak jadi penjual goreng pisang, sebab betapa tidak berkredibiliti nya dia, kerja semudah itu pun
dia tak boleh buat!
Apa punya teruk manusia tu??
Marah ni!
Siapa orang tu?
Nak tau ke?
Aku lah.
Aku lah orang yang tak layak nak berniaga goreng pisang.
Uhuhuhu...
Okey, cuba kalian bayangkan goreng pisang tu macam mana rupa paras dia.
Panas-panas.. kilat-kilat, ada lapisan garing krup krup..
Pergh..
Selayaknya goreng pisang untuk jual ni, kena secantik ini 👇
Gambar ni masa google, terjumpa. Rupanya dari blog Si Hati Merah Jambu, pinjam ya.
Eh korang lepas ni pergilah blog dia ya 😉
Berbalik pada kisah aku tidak layak untuk berniaga goreng pisang tadi.
Kalau kalian masih ingat entry yang aku buat pengat pisang guna pisang cavendish tu, aku guna beberapa biji pisang je.
Jadi, dari sesikat pisang tu, ada lebih lagi pisang.
Jadi, why not harini kita buat goreng pisang!
Kata hatiku, dan aku say it out loud kat seisi rumah.
Anak-anak pun bersorak sorai la kan, sebab masing-masing suka makan goreng pisang.
So let's.
Pisang yang berbaki 6 biji tu pun dah sedikit lembik.
Sebab dah masak kan.
Sebiji kita belah lah 4.
Gaullah dengan bancuhan tepung goreng pisang cap Nona.
Sekali masa goreng, aku dapat kenalpasti kelemahan dan kehampehan aku dalam arena goreng pisang ni.
1. Pisang tu melekat-lekat antara satu sama lain.
Bukan sepatutnya dia solo solo ke?
2. Pisang tu terbogel dalam kuali.
Aik boleh tercabut pulak tepung dia lepas dah garing.
3. Aku tak berani nak masukkan pisang guna jari, maka pakai sudu,
takut jari tercelup dalam minyak hahah!
Maka inilah hasilnya:
Yang bogel aku dah ngap.
Geram kat dia apesal tercabut.
Betapa tidak indahnya kemenjadian korang..
Maafkan aku pisang.
Goreng pisang pun fail..haiya..
pisang kalau terlalu masak bila digoreng mmg mcm nie bentuknya.. ala.. boleh cuba lagi.. tgk org jual goreng pisang pun xde rupe bentuk pun laku je janji boleh buat minum petang dengan air teh o panas..
BalasPadambetul la tu, agaknya sebab terlalu masak kan
PadamBoleh cuba lagi. lama-lama pasti menjadi tu..
BalasPadambaik, lepas ni saya cuba lagi hehe
Padampishang betullah, hahaha.. agaknya pasal pisang tu dah masak sangat la Syaz
BalasPadamkan, horror jadinya haha
PadamUsaha tangga kejayaan.
BalasPadamRasa macam mana? Asal sedap rupa buruk pun takpe.
nasib baik sedap hehehe
PadamHihi..pisang makan mana sedap digoreng syaz, awat tak buat cekodok..kan ada entri cerita pasal cekodok tu..
BalasPadamitulah tu hahaah tak terfikir pulak masa tu kak :D
Padamalahh takpe nanti boleh cuba lagi. mungkin sbb pisang tu dah terlebih masak ranum agaknya kan, itu yg jadi cenggitu.. mommy boleh cuba lagi kan hehehe
BalasPadamitulah, kena try lagi heheh
PadamAda pisang sesuai di makan masak semulajadi,ada pisang boleh dibuat kek,digoreng,dibuat pengat atau direbus.Ada juga yang sesuai untuk digoreng lebih sedap.Tak apalah.nanti boleh cuba-cuba lagi.InshaAllah.Aamiin.
BalasPadamInsyaallah PC, akan beli pisang2 yang dicadangkan dalam komen2 ni hehe
Padamchaiyookk kak. huhu. lapar pula tgk pisang goreng. huhu.
BalasPadampetang ni boleh cari pisang goreng hehe
Padamtak kisahlah macam mana rupanya...janji bole ngap berkali2! ngeh3...
BalasPadamnak shikit boleh? :3
segan nak bagi sebab horror sangat rupa dia ahahaha
Padamdah masak + lembik awat xbuat cucok jer syaz..tp spesis shida la..mesti gagal buat kuih sebarang kuih pun ^_^
BalasPadambetul sangat tu shida, kite memang fail bab2 kuih sebenarnya hahahah
Padambuat jemput2 pisang je lain kali. hehehehe...x ada siapa yg komen nanti...
BalasPadamkan, kenapalah tak terfikir nak buat cekodok je huhu
Padamrasa sedap, ok je..
BalasPadamok di makan, seram dipandang ahaha
PadamBukan semua pisang boleh digoreng.
BalasPadamPisang cavendish kurang sesuai.
Cuba cari pisang nipah, pasti jadi.
Betul lah wak, dah terbukti tak sesuai hehe
PadamKita cuba lagi dan lagi dan lagi.
BalasPadamIni biasa berlaku pada saya juga.. wakakaka..
Sep...kikiki
Padambila terlalu masak die akan jadi lembik sanagt..aduh sis buat sapen je entry tadi..penggunaan tepung pon salah satu reason..biasanya orang cmpur tepung gandum dengan tepung lain..saya lupa la hehe..tapi boleh la tu sis..da hampir nak jadi da tuh
BalasPadamkan, banyak parameter kena diperhalusi ni, tepung, jenis pisang..yang palng penting bakat saya..huwaaa hahaha
Padamsebenarnya pisang cavendish ni sejenis pisang yang tak boleh di goreng dengan tepung gitu...dia sesuai di buat cekodok, buat pengat dan kek pisang... tapi tak sesuai di goreng dengan tepung... macam sesetengah pisang yang tak boleh di goreng... dia akan jadi berminyak dan tertanggal dari tepungnya... sedikit perkongsian dari akak yang suka menggoreng pisang hehehe
BalasPadamooo..patutlah terbogel pisang saya hahaha
Padamkikiki.. maaflah saya gelak sebab saya juga pernah jadi begini..
BalasPadamTakpe, practice make perfect.. dont give up.. you can do it..
Yeahhh tenkiu sha bagi semangat haha
Padamgoreng ja pisang awak r pisang nangka yg mengkal gerenti xlucut salutnya syaz
BalasPadamkan kak PI, cuma kadang2 rasa dia kelat sikit
Padamkalau pisang dah ranum boleh buat cucur kodok hehe
BalasPadambaik! hahaha tu lah, ramai suruh buat cekodok ni, pasti saya akan buat cekodok lepas ni ;)
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.