Minggu ni kebanyakan entry masih berkaitan
perjalanan ke majlis nikah adik aku haritu.
Ini kisah ketika aku kelam kabut drive nak ambil adam kat sekolah, dan ini adalah antara salah satu insiden yang meremukkan hati aku..
Entahlah, aku beria nak drive masa tu.
Pecut punya pecut, ye lah, sebab dah lambat kan, memang aku lenjan habis kereta kat Bukit Putus.
Zaimi senyap je kat sebelah, niat asal nak bagi dia rest kejap sebelum dia sambung drive ke Kuantan dari sekolah adam nanti.
Elok je sampai area Ulu Bendul, nampaklah ada 1 hilux (kot..?), JPJ punya yang warna merah tu.
Nampak masa bila?
Nampak masa tengah memotong dia dekat jalan lurus, yang sebenarnya jalan tu lengang je pun dari arah bertentangan, cumanya tempat aku memotong tu double line.
*tepuk dahi
Apa lagi, terus JPJ tu bunyi siren,
"tolong berhentikan kenderaan, tolong berhentikan kenderaan"
Pergh dah macam penjenayah.
Adehh...
Asal nak cepat, terus jadi lambat.
"Puan, nak ke mana laju laju memotong double line ni?"
"Nak ambil anak keluar sekolah, dah lambat"
Ikut hati nak je tambah, "Sebab enciklah bawak slow sangat!"
Tapi aku masih waras.. malas nak bising-bising sebab memang aku salah, hulur je lah lesen.
Senyap je amir dan ayu dalam kereta. Semua menikus.
Dalam 10 minit lepas tu, dapatlah sekeping surat cinta dari encik Faizal.
Haih..
Sabar je lah.
Mungkin nasib baiklah hati remuk, sebelum kereta dan kami anak beranak yang remuk sebab aku memandu terlalu ikut hati terluka haritu.. cewah.
Balik kampung tempoh hari pun kami kena saman.Saman tak letak kupon parking.Aduh.
BalasPadamAduhhh..
Padamalahai... menipis jugaklah purse wallet tu
BalasPadamitulahh
Padamhuaaaa.... bencana betul kena saman ni
BalasPadamhuwaaa
Padamsabarlah, kadang memang ada masa kita buat salah di hari yang salah dan orang yang salah... dalam keadaan hati sedang luka berdarah
BalasPadambetul sangat tu kak :(
PadamRomantiknya dapat surat cinta... Balas tak surat cinta tu?
BalasPadamterpaksa la balas kat mahkamah nanti tu uncle huhuhuh..sedey
Padamsurat cinta begini yang mengerikan...
BalasPadamngeri gilaa
Padamku pikirkan surat cinta apa...sabar jela..hehee
BalasPadamsurat paling sedeyy huhu
Padammemang bercintalah kalau dapat surat cinta gini
BalasPadamcinta sepenuh hati nama dia..haha
Padamooo kalau JPJ diorang pun boleh brentikan macam tu eh.. seram jugak.
BalasPadamboleh, terbukti dah huwaaa
Padamsurat cinta bagi by hand lagi...hehee.
BalasPadamnasib baik dia tak tabur bedak talkum dulu sebelum bagi haha
PadamDulu kerap juga kena saman bila naik motor, sejak drive ni agak skema dah
BalasPadambagus skema di jalan raya sebenarnya
PadamWow...Surat cinta Gituhhh... Kalau boleh, dah x nak dapat lagi laa..huuu..haruuuu...
BalasPadamBiarlah dia tak tahan kita dah..serik hahaha
PadamIngatkan siapalah encik Faizal tu..
BalasPadamSabar ye.. Surat cinta yang menyeramkan..
Rupanya pegawai JPJ..ahahah
PadamSaspen ingat sapelah en faizal, ex boyfren ke.., rupa2nya...hadoiiii...nasib sungguh kan..
BalasPadamalamak ex boypren, nama pun dah lupa ahaha
PadamSurat cinta Encik Faizal JPJ rupanya kak. huhu. drive safe kak. huhu
BalasPadamhehe tenkiu GV
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.