Masa majlis nikah adik aku haritu, kami stay kat Hotel Seasons View Kuantan.
Sebab rumah tak banyak bilik, fully occupied hehe..
Makanya lepas belek-belek Agoda, kat sini adalah bilik yang kena dengan budget dan kapasiti kami 5 beranak.
Kami booked bilik Executive Family, kalau dalam gambar kat atas ni, bilik kami yang atas awning restoren hotel tu, yang berlampu oren.
Masa ni zaimi snap gambar ni sebab dia turun ambil barang tertinggal.
Harga boleh hadap lah, untuk 1 malam ni RM170+.
Executive Family ni pulak dia ada 3 katil queen, dua katil kat area depan pintu utama bilik, manakala 1 katil lagi dalam bilik asing.
Kiranya untuk executive family ni, dia ada bilik dalam bilik, dan dalam bilik tu ada tv dan aircond sendiri pulak, cuma toilet je ada 1, iaitu dekat bahagian luar yang ada 2 katil tu.
Terpaksalah korang imagine sendiri sebab aku terlalu penat sampai lupa nak snap gambar dalam bilik tu hahaha
Senang cerita, untuk family yang ada 3-4 orang anak, sesuai la menginap dekat executive family ni.
Hotel ni jugak ada kawasan parking sendiri tau, in fact hotel-hotel bersebelahan pun tak susah nak parking kat sini rasanya, sebab parking banyak sangat.
Hotel ni ada lah air panas, iron, room service.. Tapi tak ada beg laundry.
Maka bungkus baju kotor dalam kain pelekat zaimi je lah masa ni.
Breakfast pulak boleh order sebelum 10pm, jadi around 7.30 am dia akan hantar kat bilik.
RM8 1 pax, menu mengikut hari.
Macam kami, pagi sabtu.
Dalam menu, hari sabtu adalah nasi minyak.
Dapat sekali dengan air teh o ais limau.
Malam-malam kalau lapar, ada medan selera kat sebelah hotel ni.
Mungkin tak ramai jugak yang nak stay area bandar Kuantan ni kalau datang berjalan-jalan, sebab selalunya pelancong akan menginap dekat area pantai.
Hotel area pantai ada pool semua, kat sini memang semata-mata tidur aje lah.
Oh ya dia ada lif, jangan risau pada yang sakit lutut macam aku ni ha..
Overall, Hotel Seasons View ni baik lah.
Boleyyylaa..
Selesa pun selesa, toilet besar dan bersih.
Yang penting, anak-anak aku puas hati dapat melompat-lompat atas katil.
Ahaha
Itu aje yang budak-budak ni pentingkan.
boleh tahan harga utk brekafast die..gile mahal..tak pernah stay hotel kuantan sbb mmg kg kat kuantan pon hahah
BalasPadamRM8 sorang, ok je saya rasa, sebab malas nak keluar kan hehe
PadamI think RM8 untuk breakfast hantar ke bilik macam ok. Tapi kalau kena turun cafe and tibe makanan cuma nasi lemak sebungkus memang mahal lah.
BalasPadambtw, thanks for the info.
I second that hehe
PadamSayangnya tak ada layanan laundry ya.
BalasPadamJadi agak kerepotan mengurus pakaian kotor.
Benar tu mas
PadamDekat dengan medan selera itu penting bila pilih tempat penginapan.
BalasPadamKan, dahlah bila duduk hotel, malam2 mesti lapar haha
Padamtak mahal sngt pon cost dia.. berbaloi kan
BalasPadamboleh dikatakan begitu :)
Padamtakpe, nanti uncle google gambar interior sendiri.... :D
BalasPadamterbaikk haha!
PadamPaling tak suka bila parking tak ada..ini okay la..kedai makan pun dekat..
BalasPadamkan, takde parking serabut kepala
Padammaybe kesan ekonomi akibat pkpb baru-baru ini kot yangb terlampau mahal. hehe
BalasPadamMungkin hehe
PadamBagus juga lah hotel ni..kalau semua facility ade kan syaz..xyah risau dah..kepentingan ank2 tu penting..lompat2 atas katil..hahhaa
BalasPadamfavourite diorang tu haha
PadamReasonable lah tu kan. cuma for those yg masih ada anak2 kecik tak seronok lah sebab tak de pool. tak boleh berendam.
BalasPadambetul3, tu la yang budak2 nak jugak selain lompat2 atas katil hehe
PadamOk gak harga tu kalau bilik besar & katil queen sampai 3 kan
BalasPadamAah bagi saya harga dia ok sangat ;)
PadamPernah duduk situ 5 tahun lepas. Malam-malam sunyi.
BalasPadamBetul2, sunyi je..sedap tidur hehe
Padambesarrr biliknya and harga tu consider murah..
BalasPadamtiga katil queeennn okay.. hehe..
hihi tu la, kami tak payah berhimpit hahaha
PadamHotel yang menarik. Setuju! Selalu kalau ke tempat yang ada pantai dan laut ni ramai yang prefer hotel dekat dengan pantai. Kira okaylah tak ramai kat sini. park banyak dan kedai makan pun dekat. sesuai untuk family dan merehatkan badan.
BalasPadamuntuk tenang2 sebelum / selepas rush2 dengan event, molek lah ni..hehe
PadamTak pernah lagi tidur dkt sini. Biasa sy g tidur di grand darul makmur
PadamOoo.. maybe next time boleh try hotel tu pulak :)
Padamcuba membayangkan keadaan bilik.. hehehe..
BalasPadamHarga dan saiz bilik tu not badlah pada Sha..
hehe kan, sesuai dengan bajet kami
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.