Jumaat lepas, adik bongsu aku nikah dengan pilihan hatinya.
Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, kami sekeluarga sampai lepas acara nikah dah lama selesai. Heartbreaking.
Tapi alhamdulillah, dapat sampai jugak sebelum pengantin pergi photoshoot outdoor.
Kalau diikutkan memang nak balik sehari sebelum, tapi musim-musim covid19 ni, dengan macam-macam SOP, dengan tak boleh ramai-ramai 1 rumah, dengan limited orang masa majlis nikah berlangsung semua.. Mengalahlah kami, balik masa majlis je.
Lagipun memang buat nikah semata-semata, tak ada kenduri semua.
Makanan pun semua bungkus untuk take away saja.
Makanan pun semua bungkus untuk take away saja.
Dekat ruang nikah tu, boleh ada 10 orang je katanya.
Kadi pulak siap kata kalau ramai nanti dia boleh batalkan je majlis tu.
Aku ni dengan anak-anak tak reti duduk diam, taknak lah jadi punca majlis kena batal kan.
Tu yang gerak pagi jumaat, tapi dah macam-macam pulak jadi.
Niat nak sampai dalam 3.30 tak kesampaian.
Tapi nasib baik dapat jugak lah bergambar dengan adik.
Big moment kot.
Semua family pakcik makcik semua ada, bayangkan kalau aku as kakak sulung tak ada meraikan majlis tu.
Adik beradik dahlah 3 orang je.
Ha sudahlah.. usah diingat lagi.
Haih..
But whatwever it is, majlis tu berjalan lancar.
Alhamdulillah.
Yang penting pengantin kena ada 😌
Apis, jaga adik akak baik baik ya.
😊
Muka tahan perasaan.
Entah lah, macam-macam rasa ada.
Alhamdulillah we made it jugak ke majlis ni.
Cantik pelamin, simple je but nice 😀
Kipas tu baru je letak kat situ masa tu haha
Teringin pulak bergambar dengan cik abe haha
Nenek ku. 💓
Semoga bahagia ke Jannah..
Alhamdulillah.. Majlis berjalan lancar..
BalasPadamNak buat macam mana, musim2 covid19 ini memang kena patuh SOP..
itulah, akur lah kita hehe
PadamTahniah..Semoga kekal bahagia hingga ke jannah :)
BalasPadamTerima kasih atas doa :)
Padamalhamdulillah majlis berjalan lancar..
BalasPadamsaya suka tengok design pelamin yang simple je x sarat sngt..
cantik..
kan, sesuai dengan ruang yang kecil ;)
PadamSELAMAT PENGAANTIN BARU NANA N SUAMI
BalasPadamTerima kasih Kak PI
Padamsimple dan sderhana kalau nak buat majlis sekarang nie.... apa nak buat kenalah berjaga-jaga semoga keadaan cepat kembali seperti biasa.
BalasPadambetul tu..aminn
PadamZhi suka tgk majlis simple macam ni. Nampak macam lebih bermakna gittchewww.
BalasPadamTahniah kepada pengantin. Moga bahagia til Jannah insyaaAllah.
Agitcheww...
PadamAmiinnn
Tahniah buat mempelai
BalasPadamSemoga kekal bahagia selamanya
Terima kasih wak..amiinnn
PadamTahniah Syaz, dapat adik ipar... semoga pasangan pengantin berbahagia mengharungi bahtera perkahwinan hingga ke jannah...
BalasPadamterima kasih atas doa..amin ya rabbal alamin <3
PadamTahniah syaz..eh silap heheee ^_^
BalasPadamhehe :D
Padamcongrats to pengantin, mak pak pengantin dan kakak pengantin ye.
BalasPadamuntung jugak boleh menikah di rumah ye. kat selangor ni 2 3 hari lepas masih tak blh menikah di rumah. kena di pejabat agama.
Tenkiu! Itulah, norma baharu kan, akur lah kita demi keselamatan :)
Padamtahniah buat pengantin ya, moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat...
BalasPadamtakpelah walapun agak lambat tetap sampai untuk bergambar dengan pengantin, cantik pelamin walaupun simple... yang ada bunga-bunga ini memang cantik jelah bagi akak
Tenkiu sis, tu lah simple ni less is more kan :)
PadamTahniah kepada Nana, selamat pengantin baru
BalasPadamTenkiu Atie :)
PadamSemoga bahagia sehingga ke anak cucu. InsyaAllah. Aamin. :)
BalasPadamAmin ya rabbal alamin :)
PadamAlhamdulillah, sudah selamat menjadi isteri orang..Barakallahu lakum wa baraka "alaikum..
BalasPadamAlhamdulillah :)
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.