Hari kedua kami bercuti-cutian ke Putrajaya minggu lepas tu, sama jugak seperti konsep kenapa kami pilih untuk bawak anak-anak naik cruise, kami plan untuk bawak anak-anak ke taman yang tak pernah pergi lagi di Putrajaya ni.
Sepertimana diketahui semua orang, Putrajaya ni ada banyak taman.
Tak semua kami pernah pergi lagi dengan budak-budak ni, jadi fikir punya fikir, kami decide untuk ke Taman Wetland Putrajaya 😁
Let's!
Tapi, kisahnya Taman Wetland ni sangatlah luas kalau nak jalan kaki.
Kawasan parking memang luas, jadi memang tak ada masalah nak letak kereta jauh ke apa la kan.
Dan rupanya Taman Wetland ni selalunya orang ramai kunjungi untuk jogging atau berbasikal.
Memang ada perkhidmatan sewa basikal kat sini.
Rata-rata orang lain yang ada kat sini masa kami sampai ni, pakai baju sukan dan berpeluh-peluh hahaha
Selain basikal, dia ada sediakan perkhidmatan tram untuk round 1 taman ni, pusing dekat kawasan-kawasan paya (wetland kan) dia yang luas dan besar tu.
Boleh je nak bawak kereta jugak, tapi kalau kereta tak boleh masuk dekat 1 lorong kecik yang tram tu lalu.
Harga tiket tram tak mahal langsung.
RM5 dewasa pemegang MyKad, dan RM4 untuk kanak-kanak pemegang MyKid.
Jadi, lepas check in MySejahtera semua, zaimi sekali lagi diberikan mandat untuk beratur beli tiket tram.
Kih kih.. Macam biasa aku jaga anak-anak kat tepi.
Jauh-jauh kan diorang dari orang ramai.
Kat tepi tu pulak ada backdrop yang cun gilaaa!
Apa lagi, ambik gambar anak-anak lah!
Tapi omak lupa tangkap gambar sendiri kat backdrop ni.
Huwaaa!
Kebetulan lepas siap je zaimi beli tiket, tram pun sampai dekat foyer.
Orang yang nak naik pun tak ramai.
So let's ride a tram!
Masa ni hari pun dah mula hujan rintik-rintik, jadi duduk je la dalam tram tu sementara dia nak gerak.
Adik ayu mula-mula kami cadang nak suruh duduk dengan kitorang berdua, tapi adik ayu ni sangat berjiwa besar weh, berani tak bertempat.
Jadi, dia nak duduk dengan abang-abang dia kat depan.
Takpelah, kita kasi can.
Zaimi la kena pegang bahu dia.
Tak tau lah memang macam tu ke, sebab nak kejar hari yang hujan ke, atau driver tu lupa dia bawak tram ke apa, dia bawak sangat laju ok..huhu
Jadi bila dia dah bawak laju-laju macam tu, nak keluarkan fon tangkap gambar pun tak berani, sebab takut pulak rasanya kalau tak pegang bahu anak-anak, dan takut handphone jatuh pun iya jugak.
Jadi menikmati pemandangan dengan mata je lah.
Seronok jugak tengok tumbuh-tumbuhan paya yang ada macam-macam jenis.
Dengan angin bertiup membawa titisan gerimis mengenai muka.. perhh..
Nyaman dan indah sekali.
Hehe..
Sampai dekat 1 kawasan macam jetty, tram pun berhenti.
Dia kata dia bagi 5 minit untuk tengok burung dan angsa.
5 minit je weh.. sabo je la.
Kalau ikut papan tanda, kawasan ni adalah Pelantar Memerhati Burung Central Wetland Putrajaya.
Anak-anak taknak ambil gambar, sibuk nak tengok burung.
Baguslah, itulah tujuan asal kan.. haha
Maka ayahnya pun snap lah gambar mak sorang bawah papan tanda tu.
Patutlah anak-anak ralit, masa ni dia baru tabur makanan dekat angsa dalam air belakang kami tu.
Ada banyak milky stork dalam air tu.
Milky stork tu datang dari Zoo Negara, Ulu Klang.
Memang hari-hari burung tu akan terbang pagi-pagi ke Taman Wetland ni, makan makan chill chill, dan bila petang, dia akan balik ke Zoo Negara.
Masa yang dia ambil untuk terbang dari Ulu Klang ke Putrajaya hanya 10-20 minit je.
Ha info ni aku dapat masa pergi Zoo, hahaha
Kat pelantar ni, yang menarik perhatian aku adalah pulau-pulau kecik tu.
Cantik. Buat aku teringat filem Life of Pi pun ada jugak.
Angsa ada putih, ada hitam.
Tengah makan masa ni.
Adik ayu punyalah bersemangat nak tengok, sampai menonggeng-nonggeng!
Risau je zaimi, tak bagi panjat nanti menjerit pulak di kala ada ramai orang lain tu..huhu
Lepas cukup 5 minit, tapi aku rasa lebih dari 5 minit masa tu, agaknya driver tram pun kasi can kot.
Kami pun geraklah naik tram balik.
Hujan pun dah makin kuat pulak rintik dia masa ni.
Jenuh nak mengejar ayu masa ni.
Nampak tak kat hujung sana ada tram warna oren tu?
Lepas kami kata jom, nak naik tram, dia terus je lari nak ke tram tu.
Bila panggil, dia pusing kejap macam tu je.
Lepas tu sambung lari.
Adoi!
Risau jugak, sebab kat sana tu jalan raya, kereta boleh lalu.
Maka nak tak nak, kenalah menghijaukan diri sikit.
haih la anak..
Sampai je kat foyer tu semula, hujan dah stop balik.
Masa atas tram tadi ada lalu depan 1 muzium, ingat nak ke sana lah sekejap.
Maka kami pun ikut trail ni.
Sebelum meneruskan perjalanan, kenalah tangkap gambar dulu kan hahaha
Ok, jomlah teruskan perjalanan!
Sekejap je jalan beriringan dengan ayah tu, lepas tu tiga-tiga beradik berlari tak ingat dunia!
Diorang ni memang lah sangat suka berlari.
Dapat je taman yang luas sikit, mulalah berhungga bak kata orang kampung zaimi eheh
Amir seronok tengok daun daun kering besar besar.
Suruh ambik gambar dia dengan daun kering.😆
Sampai je kat Muzium tu, nampak ramai orang patah balik.
Rupanya muzium tutup daa.. adehh
Letih woi jalan!
Frust weh frust.
Tak apalah, tak ada rezeki.
Next time lah pergi semula.
Jadi muzium tutup, kita nak buat apa anak-anak?
Hah..larilah semula ke gerbang tadi!
Memang suka la bila suruh lari kan.
Berdesup perginya!
Itulah sahaja cerita kami ke Taman Wetland Putrajaya tu..
Lepas ke sini, kami ke satu tempat lagi.
Itu di entry lain. Hehe..
Terima kasih sudi singgah baca 😀
Dah beberapa kali ke Putrajaya..ada terpandang juga papan tanda wetland ni tapi tak singgah pun..kawan-kawan PC ramai yang ke wetland ni buat photoshoot.Cantik katanya.
BalasPadamBetul PC, area tepi2 paya tu cantik sangat kalau nak bergambar ;)
PadamNyaman sekali suasana hijau..
BalasPadamKenyataan ini saya memang tak sangkal ;)
Padambestnya diorg dapat parents mcm ni, suka bawak advanture tempat baru.. nanti g skolah.. mesti byk diorg boleh cerita pengalaman kan!
BalasPadamhahaha alhamdulillah kalau diorang ingat, memang nak create moment banyak2 dengan anak masa diorang kecik.. semoga Allah permudahkan hasrat kami :)
PadamLUAS TAMAN WETLAND NI PUAS MERONDA
BalasPadampuas kak PI, sampai kepenatan hehe
PadamSeronok pergi kawasan begini dengan budak-budak.
BalasPadamJauh burung stork itu pergi makan.
jauh kan, tapi dia terbang laju, agaknya bagi stork tu dekat je hehe
PadamBest jugak ye kat wetland ni. Luas tempatnya luas permandangan juga. anak anak pun lebih seronok bebas sesekali.
BalasPadamseronok betul diorang dapat berlari hehe
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.