Rentetan dari entry kami menginap di Shaftsbury Stellar Hotel Putrajaya haritu, kiranya ini entry sambungan dari staycation kami la ni.
Let's cekidot! 😁
Sesudah checked in hotel petang Jumaat tu, kami pun terus menuju ke Dataran Putrajaya, sebab nak bawak anak-anak naik cruise. Sebabnya, walaupun dah lama selalu gi mari je kat Putrajaya ni, sekali pun tak pernah naik cruise kat tasik Putrajaya ni haha!
Jadi why not kan?
Let's!
|Entry ini banyak gambar|
Masa nak pergi tu pun dah 5 lebih, sebab solat asar apa dulu semua kan, tapi jarak tasik ni dengan hotel kami menginap tu tak jauh mana, dalam 5 minit je dah sampai.
Cari parking lah payah sikit dekat dataran tu, kena round 2 3 kali jugak, kebetulan dapat parking betul-betul depan tangga yang sebelah pintu masuk nak naik cruise tasik ni.
Masa turun seronoklah, masa naik lepas dah selesai urusan cruise, melepek!
Zaimi yang mendapat mandat untuk beratur beli tiket.
Kawasan sekitar kaunter tiket tu penuh la jugak orang, tapi rata-rata semua masih patuh SOP..
Alhamdulillah bagus rakyat Malaysia!
Sekitar kaunter tiket tu, ada kedai-kedai jual cenderamata, tshirt, kiosk jual air dan makanan ringan pun ada. Selain Cruise Tasik Putrajaya ni, ada juga tempat sewa basikal dan buggy.
Nampaklah ramai yang sewa basikal tu pusing-pusing tasik.
Plan asal, kami nak naik Perahu Dondang Sayang.
Kiranya memang masa tengah dalam perjalanan ke Putrajaya ni, otak aku memang membayangkan yang aku akan naik Perahu Dondang Sayang.
Gigih kan duk imagine, ye lah sebab orang kata, sebelum nak buat sesuatu, molek kita bayangkan dulu, baru senang nak bergerak ke arah itu..gittew..
Cute dan klasik kan?
Kan?
Tapi itulah, kita hanya merancang.
Uhuks..
Trip petang tu tinggal yang cruise besar je.
Itu pun boleh mula naik pukul 6.45 petang.
Tiket dah siap beli dari 6.10 lagi.
Maka lepaklah dulu tepi pintu masuk tu.
Pintu masuk dia berhadapan dengan kedai baju sebelah kaunter tiket tadi, kena turun ke bawah dan masuk ikut lorong yang ada gerbang tu.
Maka kami pun menunggu la sampai tiba giliran.
Untuk pengalaman naik cruise punya pasal, sanggup berpanas menunggu 😂
Lepas 6.45, staf dia bunyikan loceng, maka kami pun masuklah untuk ke jeti bersama-sama dengan penumpang lain.
Lorong nak ke jeti tu cantik, dengan lampu-lampu semua.
Tapi tak sempat nak bergambar, sebab terkocoh-kocoh nak naik bot cruise lah katakan!
All aboard!
Disebabkan ini first time, makanya aku tak sangka pulak yang kat dalam bot tu, dia susun kerusi banquet je. Tapi dia dah susun ikut jarak SOP lah.
Permulaan cruise tu bergerak, ada staf brief berkenaan safety dan tempat-tempat yang cruise tu akan lalu nanti.
Lepas siap, dia benarkan penumpang untuk keluar ke dek depan dan dek belakang untuk tengok pemandangan.
Apa lagi, semua pakat keluar lah ke dek!
Yang penting adalah kita kena sentiasa awasi jarak kita dengan penumpang lain, sebab masing-masing bila dah boleh keluar ke dek, teruja sangat-sangat, termasuklah kitorang hahaha!
Kami ke dek belakang dulu, sebab kat depan ramai sangat.
Memang seram nak lepaskan ayu atas dek tu, sebab palang cruise tu memang tak berapa nak selamat kalau biarkan ayu pegang macam abang-abang dia buat tu.
Cruise tu gerak agak laju jugak, kalau jatuh haih.. tak dapat nak bayang!
Amir pun ada masa nak berdukung jugak..
Seronok, berangin je.
Tapi takkan nak merasa dek belakang je?
Teringin jugak nak tengok dek depan.
Jadi bila dah ramai yang pergi depan tadi mula bergerak ke belakang, ada yang dah duduk balik kat kerusi kat dalam, kami pun geraklah ke dek depan pulak.
Singgah bergambar dengan kapten dulu.
Tapi kapten haram tak layan, kapten pun dah letih bawak bot 1 hari kan..huhu
Kat dek depan ni lagilah seram, terasa la bot tu gegar-gegar.
Ahahaha
Abang-abang seronok, pengalaman baru kan.
Tapi tak adalah diorang tengok dan menghayati bangunan ke jambatan ke, diorang seronok menghayati air tu berombak je, dan seronok sebab ada atas bot tu 😊
Dah penat dah berdiri atas dek, masuklah semula ke dalam.
Sebab ayu pun dah rimas orang asyik dukung dia, jadi dekat dalam tak ramai orang, kami pun beranilah lepaskan dia sekejap.
Adam tak puas lagi nak pergi dek, jadi zaimi suruh aku pergi dengan adam je, ayu dan amir duduk lah dalam je sementara nak sampai semula ke jeti.
Teringin pulak nak ada gambar sorang-sorang atas cruise ni, jadi mintak tolong adam tangkapkan.
Nasib baik hasilnya ok ahahah!
Pandai dah anak mak tangkap gambar ye 😀
Sampai semula ke jeti, dah maghrib.
Dapatlah aku tangkap gambar pemandangan Masjid Putra dari tasik.
Cantiklah pulak.
Turun dari cruise, bergambarlah depan bot sekali.
Sementara tunggu queue untuk ambil gambar yang official photog tangkap sebelum boarding tadi.
Buat kenangan, sebab entah bilalah nak repeat pulak kan
Ingat nak posing kat lorong ni, tapi adik ayu dah tak bagi kerjasama, laju je dia lari ke hujung lorong tu.
Risau pulak dia terjatuh dekat air belah sana.
Singgah beli air kat kiosk.
Lepas tu memanjatlah tangga yang tinggi tadi.
Longgar lutut!
Melepaskan lelah naik tangga sekejap sebelum gerak balik hotel.
Abang-abang je yang tak reti penat, banyak betul tenaga.
Adam tanya kenapa ada dua masjid duduk sebelah sebelah?
Hahah
Kenalah bagitau dia, yang satu tu bukan masjid, tapi ofis Perdana Menteri.
Excited dia, dia bayangkan PM Muhyidin ada dalam tu tengah taip kat komputer dia kata hahaha!
Ayu dah lalok, letih dia naik tangga agaknya.
Amir sibuk tanya ayah dia, bulan sabit in english apa?
Bila ayah dia ajar, dia tak boleh sebut pulak.
Sebab amir pelat R.
R dia macam Lisa Surihani, sebab tu dia susah nak sebut kih kih..
Lepas tu kami pun bergerak balik ke hotel.
Sekian kisah kami naik Cruise Tasik Putrajaya.
Ehee 😁
cantik tempat ni. dulu selalu g solat jumaat ikut jalan terowong situ :)
BalasPadamcantik kan putrajaya :)
Padampernah naik juga sekali dlu. wahh bestnya kalau dapat bawa ank2 nanti
BalasPadamNanti bawalah anak2 ya :)
PadamUncle ni selalu tenok cruise ni... naik je tak pernah... huhuhu
BalasPadamapa lagi uncle, ajak aunty naik, pastu selfie 1 hihi
Padamcantikya banner! baru eh? hehehe
BalasPadamhihi
Padambanner lak...header XD
BalasPadamhehe tq cuya, biasa2 je tu
Padamseronoklah anak2 kan..shida tak pernah lg naik cruise teringin juge nk naik hahaa..ni kalau sebut kat husben..dia kata..saya terpengaruh hahahaa ^_^
BalasPadameh camtu ek? hahaha ajak je ajak je hehe
PadamCantiknya pemandangan di tasik Putrajaya
BalasPadamkan, saya suka sangat hehe
PadamWak tak pernah lagi naik cruise putrajaya ni
BalasPadamNanti boleh try naik bila2 wak pergi sana tau ;)
Padamwahh, best jg...cantik photo masjid...tak pernah naik cruise ni, selalu dtg Putrajaya waktu siang..view malam cantik..
BalasPadambetul saya setuju, malam2 lagi cantik hehe
Padambest kalau dapat sewa basikal pusing2 tasik tapi kalau bawa family macam ni, naik cruise tu pun best boleh relak2 juga.
BalasPadambtw jemput singgah ke my new blog https://www.tiarasaphire.com/2020/08/telefilem-luluh-2020.html
ramai yang sewa basikal kat sana, tak pernah cuba lagi, tapi memang nampak sangat best!
PadamBest jugak ni
BalasPadambest cikgu :D
Padamseronoknya naik cruise sekeluarga..kalau ke sana setakat ronda2 saja
BalasPadamsaya pun sama, selalu ronda2 saje, tiba2 teringin hehe
Padamehehe boleh kak, malam2 sini lampu2 buat kawasan dia bertambah cantik
BalasPadambest, tapi tang menunggu lama dan turun naik tangga tinggi tu serem pulak heheheh
BalasPadamalmaklum tak minat dgn tangga
cantik pemandangan tapi masa yang gelap tu takde lampu macam sayang lak... kalau siang mesti macam2 gambar boleh ambil kan... kami lagilah tak pernah naik cruise tu, lagi jakun hahahha
hahaha samalah kak, memang jakun jugak kikiki.. dan tangga tu memang super seram..ketar lutut!
Padamdari dulu teringgin nak try cruise tapi tak pernah ada kesempatan..huhuhuh bestnyaa!!! jealous tgk gmbr2 ni smua
BalasPadamkemon atie, try! hihih
PadamDah lama tak ke sana..
BalasPadamnanti datanglah ke sini :)
PadamEh murah je nak naik cruise ni. Selalu tengok orang post. Lepasni boleh la pergi jugak. Cantik view sunset dia
BalasPadamitulah, selama ni saya pun ingat harga dia hala, rupanya masih mampu lagi hehe
Padam*mahal
PadamLast datang masa pre wedding 2013. Haha..lama betul kan. Teringin nak naik cruise ni. Harap dapatlah nanti one day.
BalasPadamInsyaallah one day boleh pergi ;)
Padambestlah.. tak pernah baca lagi pasal cruise nie walaupun dah tahu.. nk plan naik jugak..
BalasPadamnanti boleh lah ajak famili naik :D
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.