Salam Aidil adha semua, didoakan bahagia disamping insan tersayang.
Masak apa tu? Daging korban ke?
Masak sup ke tu? Atau kari? Masak kicap? Goreng kunyit?
Tapi pada musim raya haji ni, ada sesetengah rumah, contohnya macam rumah mertua aku ni, akan ada banyak sangat daging korban! Walaupun telah dibahagi-bahagi.
Jadi, sampai buntu pun boleh nak masak apa daging banyak-banyak, asyik ulang-ulang menu.
Sajalah buat pencarian, masakan yang berasaskan daging dari negara-negara lain, yang mungkin bukan kebiasaan di tempat kita. Manalah tahu boleh cuba buat haha
Ada beberapa, tapi aku nak senaraikan 5 yang paling rare (bagi aku lah hehe)
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
1. Matoke Daging (Beef Matoke)
Matoke daging ni adalah makanan rakyat Uganda, Kenya.. dan beberapa negara berdekatan sana.
Asas untuk matoke daging ni, adalah pisang bersaiz besar dari saiz pisang biasa, bewarna hijau dan lebih berkanji. Pisang tu dikenali sebagai plantain.
Kalau rasa nak cuba makan daging dengan pisang, boleh cuba buat.
Resepi di sini 😉
2. Kyrgyz manti
Makanan dari Kyrghyztan, dalam bentuk dumpling. Katanya selalu dijual di tepi-tepi jalan je kat sana, penjaja akan letak serbuk cili pedas atas dia.
Selain guna daging lembu, manty ni selalu juga rakyat sana guna daging kambing biri-biri sebagai inti dia. Resepi ada di sini.
3. Lap lap
Makanan tradisi di Vanuatu. Selain daging, lap lap ini akan digaul bersama-sama dengan keladi, pisang, sukun, ubi taro dan juga santan, kemudian dibalut dengan daun pisang, dan dimasak bawah tanah. Guna oven pun boleh katanya.
Macam wangi je hasil dia nanti kan?
Boleh usha resipi laplap ni kat sini.
4. Mexican Skillet
Berasal dari Mexico, makanan ni katanya sangat senang untuk dihasilkan, dan ala-ala main campak-campak je dalam kuali tu. Ada juga unsur nasi. Dan nak bagi special sikit, boleh makan dengan tortila! Resipi ada kat sini.
5. Stroganoff
Makanan Russia ini diasaskan oleh keluarga pedagang kaya di Russia pada zaman dahulu, Stroganov. Hirisan daging yang dimakan bersama krim masam ini sangat ringkas, tapi sedap katanya.
Resepi ada di sini.
Itulah saja yang nak dikongsikan pada hari ini.
Tapi secara jujurnya, aku suka daging goreng kunyit dan daging masak kicap je musim-musim raya haji ni.
Korang macam mana?
Akk kan, paling suka dan palung mudahla resepi yg akk cari ialah..daging masak kicap, senang, sedap, simple..pastu boleh add macam2..kentang ke, karet, tomato..nak rasa berlainan sikit tambah serbuk kari, nak rasa johor tambah santan sikit, tapi tak semua tempat kat johor tu dorg letak santan. Tambah best kalo dpt tulang buat plak sup tulang..terangkat makan panas2.
BalasPadamaah sama kak, sedap kan masak kicap, memang versatile masak kicap ni ;)
PadamWoowwww. mmg rare info ini. rupanya banyak resepi untuk masakan daging ini ya. terbaik kak. :D
BalasPadamkalau nak cuba sesuatu yang baru, boleh la try hehe
Padamselamat hari raya kak,, semua resipi ini nampak sedap2 belaka. hehe
BalasPadamselamat hari raya naim:)
PadamDaging korman ni sedap sebab dia fresh!
BalasPadambetul, manis2 gitu
PadamSaya ni peminat setia menu daging tpi mostly menu tu cam tak berapa nak masuk tekak. Masih prefer resepi masakan daging kita juga ni 😋
BalasPadamSaya pun rasa tak kena dengan tekak jugak hihihi
Padamwah reseipi cukup asing bagi Cuya..hahahaha..
BalasPadamhehe tu la kan
PadamWahhhh. Sedap2 semuanya..
BalasPadambolehlah cuba, mana tau kalau kena dengan selera kan
PadamSEDAP SEMUA RESEPI DAGING TAPI PANTANG LE PULAK
BalasPadamalamak heeheh
PadamJemu juga hari-hari kena makan daging. Ini baru 2 hari rasa hendak makan lauk bukan daging.
BalasPadamSelamat hari raya Aidil Adha.
Apapun unik resipi yang Syazni sertakan.
Haha unik tapi diri sendiri pun belum cuba lagi sebenarnya
BalasPadammasak steak pun ok atau panggang sahaja daging kurban tersebut
BalasPadamhaa sodap tu
Padamerrr...rasanya antara resipi2 ni, tetap resipi Malaysia juga jadi pilihan. Yang resipi dari negara2 lain ni,macam tak kena dengan tekak jurr..
BalasPadamkan hihihik..
PadamFuh, macam-macam menu menggoda. Memang sesuai sebab musim orang buat korban
BalasPadamBolehla try kalau berminat, saya sendiri pun tak cuba lagi ahaha
Padamehehe sis kekal dengan sup daging n masak kunyit..
BalasPadamSama, sep!
Padamwow menarik..tp xpandai la masak cara luar negara cmtu ^_^
BalasPadamsamalah kita haha
PadamKalau Sha pula rajin buat daging black paper.. my feveret.. hehehe
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.