Semalam, lepas angkat kain jemuran, seperti biasa akan masukkan dalam bakul kain dulu, sebelum bawa naik ke tingkat atas.
Sebab, aku memang suka lipat kain di tingkat atas.
Jadi, disebabkan belum rasa nak naik ke tingkat atas, maka seperti biasa juga, aku pun letaklah dulu bakul tu kat tangga.
Benda ni sikit pun tak dikira senario aneh di rumah ni.
Bakul kain aku tu pulak, jenis foldable. Yang boleh dilipat.
Ada je bakul yang jenis plastik keras tu, tapi ini adalah bakul kain favourite aku.
Lebih kurang macam ni lah bakul kain aku tu |
Macam yang aku cerita dekat entry yang kami make over tangga tu, disebabkan ayu pun dah besar, boleh bukak sendiri pagar, boleh naik turun sendiri dah, maka kami dah cabut pagar dekat tangga tu.
Namun, silapnya, aku lupa yang ayu sebenarnya sangat suka masuk dalam bakul kain aku tu untuk main, tiap kali aku lipat kain.
Masuk kata tu rumah dia lah, berdiri lah duduklah. Itu yang dia selalu buat.
Jadi semalam, dia nampak bakul tu kat tangga agaknya, dia terus rasa nak buat benda yang sama.
Senyap-senyap dia masuk dalam bakul tu masa kami tak perasan.
Tiba-tiba bergema 1 rumah ayu menangis.
Ayu dah tergolek dengan keadaan separuh badan dia dalam bakul tu.
Nasib baik lah dua anak tangga je.
"Ya Allah kesiannya!", jerit abang-abang dia.
Berlarilah kami. Tak sangka langsung dia akan buat macam tu. *tepuk dahi*
Maka dapatlah upah budak nakal bak kata nyang dia dari insiden tu, agaknya masa jatuh tu, pipi tu kena dulu.
Haih...
Menangis sekejap, tuam-tuam, terus dia tertidur dalam setengah jam.
Bangun je, terus join abang dia main basikal pulak kat luar.
Tanya dia,
Sakit tak pipi ayu ni?
Tak pun. Ayu tan tuat.
Nak main kat tangga lagi?
Tanak dah.
Nak masuk dalam bakul kain mak lagi?
Tanak dah.
Harap-harap betullah dia serik.
Aku pun serik jugak, lepas ni memang tak boleh letak dah bakul tu kat tangga!
Sebab memang tak sangka dia akan masuk jugak dalam bakul tu, walau bakul tu kat atas tangga, kerana itu bukanlah pertama kali letak bakul tu atas tangga.
Apalah yang buat dia rasa nak masuk dalam bakul tu masa tu.
Nasib baiklah tak tinggi sangat ..
Ayu, hilang jantung mak dan ayah sekejap masa tu tau..
Lasak sungguh anak perempuan mak sorang ni.
😢
Ya Allah harap-harap xda apa-apa yang serius dan moga cepat sembuh syg Ayu :)
BalasPadamAlhamdulillah lebam sikit je, aminn terima kasih atas doa :)
Padamaduh ayu-ayu... nasibla takde apa ye tapi kesianla sakit tang pipi dah debar la tu masa jatuh kan...
BalasPadambetul, habis pipi lebam, neves kitorang huhu
PadamLa hai.... kesiannya lebam... takpe... buat pengajaran dia juga supaya lebih hati2...
BalasPadamInsyaallah uncle, mudah-mudahan dia serik nak main kat tangga
Padamadehhh dah bertanda daa pipi comel tu
BalasPadamitulah tu
PadamAllah...kesiannya dia..nasib tak tinggi
BalasPadamItulah, nasiblah memang selalu letak kat anak tangga kedua tu
Padamkesiannya Ayu...harap2 dia serik main di tangga..bahaya utk anak2 kecil..
BalasPadamBetul sangat2 harap dia serik, suka sangat main tangga
PadamSelalu letak Ayu tak masuk ya.Kali ni masuk pulak.Allahu.
BalasPadamselalu dia masuk bakul tu masa bakul tu atas lantai je, ini entah kenapa tiba2 dia teringin nak masuk masa bakul tu kat tangga pulak..huhu
Padamiye, betul tu, kadang2 rasa hilang nyawa jap sebab terkejut huhu
BalasPadamAllahu..mujur 2 anak tangga je. kesian lebam dah. Rasanya serik dah dia nak masuk dalam bakul tu.
BalasPadamHarap2 betul2 dia serik huhu
PadamRumah 2 tingkat susah sikit la kalau anak kecik lagi ni. Bimbang jatuh2 macam ni la.mujur takde apa2.. serik la dia nanti nak main kat tangga lagi..
BalasPadamitulah kan, suka main tangga, menarik betul tangga ni kat mata dia agaknya huhu
PadamAlahai Ayu.. Mujur tak ada apa-apa.. Agaknya dia seronok nak main, tak sangka pula boleh jatuh.. Bebudak.. nak mencuba tu kuat..
BalasPadamMemang, dia sangat suka mencuba macam2..last2 tergolek..haih
PadamSIAN AYU DH LEBAM PIPI...SEKALI TERJATUH TANGGA SBB MASUK BAKUL TENTU INGAT SAKITNYA XBERANI BUAT LAGI
BalasPadamitulah, berharap sangat dia serik kak, lasak budaknya walaupun perempuan
PadamAllah nasib lah..xde yg serius syaz..ayu ayu...
BalasPadamtiulah tu shida..nasib baik
Padamalolo comelnya ayu mujur xde apap2
BalasPadamHuhu.. berparut sikit mukanya sekarang kat bahagian lebam tu
Padamalahai comel reaksi abang2 dia...insya'Allah bakal jadi abang2 yang ambil berat akan adik diorang bila da besar nanti..ameen...
BalasPadamAminn ya rabbal alamin..
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.