Setelah insiden berkaitan basikal yang berlaku beberapa hari lepas tu, setelah timbang tara semua pros dan cons, semalam kami come out dengan keputusan untuk beli je lah basikal baru untuk Adam sebab basikal lama dia tu dah kecik dan tak berapa nak sesuai untuk dia lagi.
Tapi saja nak cuba tengok kedai basikal dekat area Pilah atau Bahau.
Saja, sebab kami fikir, mungkin harga basikal dekat sana, murah sikit dari Senawang?
Jadi lepas zuhur, kami pun bertolak ke Bahau untuk misi mencari basikal.
Lalu pekan pilah, tengok kedai basikal tu tutup.
Aiseyman, risau jugak kot-kot kedai yang kat Bahau tutup jugak.
Baru teringat hari ni ahad.
Sejak PKP, memang hari pun kadang-kadang lupa.
Sampai pekan bahau, memang baru nak cari kedai basikal, sebab sebenarnya walaupun dah plan nak ke kedai basikal kat bahau, tak tau pun kedai basikal dekat mana, ada atau tak pun kami tak tau sebenarnya 😂
Tapi pekan bahau tu kecik je, zaimi kata round je, tak rugi apa pun, kalau tak jumpa kedai basikal pun, dah bawak anak-anak jalan naik kereta jugak kan.
Tiba-tiba ternampak 1 kedai basikal dekat dengan bulatan sebelah pejabat pos lama bahau tu, Le Run kalau tak silap nama kedai dia, dan nasib baik memang ada parking betul-betul depan kedai, apa lagi, terus parking lah!
Anak-anak memang rambang mata lah masuk kedai ni.
Adam sampai tak tahu nak pilih.
Jangan kata adam, aku dengan zaimi pun sama naik teruja.
Harga memang way cheaper dari kedai dekat Senawang tu.
Aunty dengan uncle kedai tu pulak siap diskaun kan harga.
Zaimi saja tanya, kalau beli 3, boleh diskaun lagi ke?
"Bolehh maa.."
Hah, dari nak beli 1, terus kami rasa baik beli tiga terus.
Supaya adil 😂
Adam rambang mata, lambat gila dia buat keputusan nak yang mana.
Amir pulak, bila dah suruh pilih, dia terus pilih basikal ada jalur oren.
Taknak langsung tengok yang lain, zaimi kata amir terkena cinta pandang pertama dengan basikal tu hahaha
Ayu pulak memang dia tak pilih pun, dia sibuk ikut abang-abang dia merayau je.
Mula-mula nak ambil yang warna purple macam gambar atas tu.
Tapi harga dia lepas diskaun RM165 jugak, fikir-fikir balik, ayu ni kejap je dah besar badan dia nanti, nak kena beli lain jugak nanti.
Jadi kami putuskan, ambil yang tayar plastik mati tu je, rim pun plastik je cukuplah.
Jadi tukar ambil yang warna oren tu hehe..
Lepas semua dah siap pilih, jimat RM350 untuk 3 basikal bila compare dengan harga kedai kat senawang tu.
Ok sangat dah bagi kami ni, masih dalam bajet.
RM350 yang berjaya dijimatkan tu boleh buat beli benda lain tau!
Kos minyak ke bahau pun tak mahal mana pun.
Memang dah plan nak letak basikal kat belakang exora je, sebab kerusi dia boleh baringkan terus kan.
Ini antara features yang buat aku berkenan nak beli exora masa tu 😆
Dan itu cerita lain.
Amir memang in love sangat dengan basikal dia, sanggup dia duduk bersila dekat belakang dengan basikal semua tu. Ayu pegang pun dia tak bagi, punyalah sayang 😂
Sampai rumah terus masing-masing tak sabar nak cabut plastik.
Sampai rumah pun dah 6.30 petang, nak kejar asar lagi.
Jadi semua dapatlah test basikal masing-masing sekejap je.
Happy sangat masing-masing.
Harapnya jaga lah basikal ni elok-elok ye anak-anak.
Peluang ni datang beberapa tahun sekali je ni 😂
teringat zaman kanak2, memang seronok dapat naik basikal...Alhamduilillah..dapat jimat banyak..
BalasPadamAlhamdulillah, sambil2 berjalan naik kereta hehe
PadamAnak2 sy masa kecik nk beli beskal. Bila dah reti tunggang motor suruh sy basikal tu d mudah.my...
BalasPadamAlamak, anak2 saya mungkin minta benda yang sama 10 tahun lagi tu huhu
Padamseronoknya anak2 dapt basikal idaman mrk
BalasPadamAah, harini pulak hari hujan dari pagi, putih mata anak2 hehe
PadamNaseb baik lepas masok kereta tu... Kalau kereta uncle, atas bumbong la jawabnya!
BalasPadamhahah rebeh bumbung kalau kereta saya
PadamBetul tu diana, alhamdulillah boleh jimat :D
BalasPadamMasing2 seronok dapat basikal baru hehehe..teringat kecik2 dulu
BalasPadamAha the good old days :)
PadamSeronoknya mereka dapat basikal baru
BalasPadamaah seronok sangat anak2 :)
PadamBila anak2 seronok, confirm parent pun seronok kan... Kedai basikal area Nilai 3 x survey ke?
BalasPadamtak, tak terfikir pulak nak ke sana masa tu huhu
PadamWah, seronok dorang dapat basikal baru tu
BalasPadamSeronok amat!
PadamLaaa.....mmg duk seremban ke..SA baru tau..mmg harga kat Senawang tu cekik darah skit...plan gak nak belikan kakak Dania basikal...since jiran2 semua la ni sibuk main basikal...dia kata dia x pandai plak bawak basikal...hurm..
BalasPadamAah duduk senawang je SA, samalah anak sulung tu pun, baru je belajar kayuh basikal 2 3 minggu lepas, tu yang sibuk dia nak basikal baru hehe
Padambestnya semua da ada beskal baru. ttbe teringat zaman naik beskal turun bukit. sekali masuk dalam longkang. acane tah masih hidup. hahhaha alhamdulillah
BalasPadamHahaha kan! Saya pun selalu tergolek2 masa kecik dulu
PadamMacam nak belikan juga untuk budak berdua tu.. hehehe.. Cantik basikal yang warna oren tu..
BalasPadamagaknya sebab tu anak saya terus jatuh cinta hahaha
Padamnasibla kedai kat senawang tu tutup yek, kalau idok rugi... sebab boleh jumpa kedai yg boleh bagi harga lagi murah... seronoklah 3 beradik tu, semua dapat basikal baru tak la berebut kan
BalasPadamTu lah, nasib baik tak beli terus masa tu hehe
Padamseronok masing3 ada beskal. tiba2 teringat dulu, pernah naik basikal kawasan bwrbukit. naik dua orang. nak acah2 laju kan. sekali tergolek dalam longkang. tak tahu macammana boleh hidup lagi 😅 alhamdulillah.
BalasPadamSeronoknya dapat basikal baru eaa anak anak .. Hati2 kayuh basikal okey. Anak anak bila dapat basikal baru mestilah seronok. Alhamdulillah rezeki dapat penuhi keinginan anak anak.
BalasPadamAlhamdulillah :)
PadamMasing2 dah beberapa kali tergolek sebenarnya hahaha
Wah seronok semua dapat basikal bru 🥰🥰
BalasPadamHappy semuanya <3
Padamteringat masa beli 1st basikal diaorang. memang meriah.
BalasPadamemm.. x repair lagi basikal diaorang yg bawak balik dr Bangkok ari tu...
Anak saya tu terlebih excited sebab baru pandai mengayuh, baru dia tahu kayuh basikal sebenarnya tak susah pun hehe
PadamHappynya dapat basikal baru
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.