Semalam, memang hari melayan anak-anak, hari beli jiwa.
Entahlah, mungkin sebab sayu sikit yang adam dah nak sekolah baik hari rabu kan.
Lama dah duduk depan mata 24jam sejak 18 Mac.
Tak banyak, sikit mesti rasa sayu tu hadir.
Semoga dipermudahkan urusan adam kat sekolah tu.
Sejujurnya risau sebab kes Covid19 ni yang dah asalnya makin surut, jadi naik balik.
Jadi, semalam masa ikut zaimi pergi beli barang akuarium dia, adam nak ikan laga.
Disebabkan rasa nak layan permintaan dia, maka beli lah.
Dah beli kat dia, kena beli untuk amir sekali.
Harapnya bertahan lama la ikan laga masing-masing tu haha!
Beli la sekali dengan akuarium kecik tu.
Semoga panjanglah umur kau ikan laga ye hahaha
Lepas tu, petangnya, zaimi ajak jalan ambil angin kat taman hujung jalan perumahan kami tu.
Ingat tak ramai, sekali punyalah ramai!
Rasanya yang bukan penduduk taman ni pun ramai lepak-lepak tadi.
Penjarakan sosial memang ke laut!
Budak-budak muda dating punyalah ramai.
Akhirnya kami decide taknak lah berlama-lama kat taman tu.
Risau jugak.
Ambil gambar beberapa keping, lepas tu terus gerak balik rumah.
Semua selebet berpeluh sebab ikut jalan jauh dari rumah nak ke sini ahahah
Oh ya, terima kasih pada yang doakan adik ayu yang lebam pipi jatuh tangga tu.
Alhamdulillah dia ok.
Sukalah dia tu dapat jalan-jalan kat taman hehe..
Cantik ikan laganya..
BalasPadamKat sini pepetang ujan.. nak bawa anak-anak keluar beriadah pun cam tak best..
Alhamdulillah hujan.. sini hujan gak haritu, tapi sehari dua ni panas ;)
Padambestnya ada taman cantik gitu boleh jalan2 tapi tang ramai couple berendek tu yang tak best... risau lah ada kes lain kalau tempat ramai-ramai sangat orang nih, tengok sekarang orang macam tak jaga sop sangat pun, rasa takut nk keluar ke mall ke kedai makan
BalasPadamBetul, ramai yang dah langgar SOP sekarang, risau la kan :(
PadamDulu uncle pon pernah bela ikan laga... tapi Duuuuuuuuuuuuuuuuulllllllllluuuuuuuuuuuu.... la.... (hehe)
BalasPadamLama nau duluuuuu tu nampaknya haha
PadamA'ah, duduk sekor2.. Dia makan makanan guppy pun boleh, yang boleh buat warna jadi vibrant hehe
BalasPadamPenjarakkan sosial ke.. Face mask ke.. Semua dah tak dipeduli. Sedih sangat-sangat.
BalasPadambila kita pakai mask pula dipandang pelik sekarang..hmm
PadamCantik ikannya..doa pjg umur utk ikan laga..hehe..
BalasPadamaminn hahahaha
PadamMasa kecik2 dulu2 pun wak pernah bela ikan tempala ni.
BalasPadamOh nama lain dia ikan tempala ya wak
PadamAlahaii comelnyaa nak ikan laga lah pulak.. warna ikan pun lawa ajaa. metallic blue
BalasPadamaah..melayang duit mak haha
Padamteringat dulu..shida pernah bela ikan laga ni..2 3 ekor juga beli..beli juga akuarium kecik ..bila dah duk skali dalam satu akuarium...udah mati semua sebab berlaga..errr..ke saya salah bela yer ^_^
BalasPadamsebab letih sangat berlaga la tu hihik
PadamCantik ikan nya. Ada juga bela 2 ekor sebelum pkp,
BalasPadambulan 5 aritu mati sekor. huhuhhh
alahai sedihnya hehe
Padamseronoknya buleh riadah. di Tanah Merah ni playground dah disodok utk buat flyover...budak2 x de tempat nk main ptg2.
BalasPadamHuhu sedih jugak ya macam tu
PadamSemoga dipermudahkan urusan adam kat sekolah
BalasPadamTerima kasih..amin ya rabbal alamin
PadamCANTIKNYA IKAN LAGA MESTI ABANG N ADIK JAGA DGN BAIK TU
BalasPadamSetakat ni masih semangat diorang bagi makan ikan tu hehe
Padampernah belikan jugak untuk anak2 sebab beriya-iya mintak. 2 hari je dorang layan pastu ammi ngan abahlah yang kena bagi ikan tu makan huhu
BalasPadamhahaha saya rasa benda sama akan berlaku juga nanti ni..hehe
Padamdiorang ni makin leka dan lupa dgn masalah virus yg xde penyembuh lagi ni. adoi payah la mentaliti macam ni
BalasPadamBetul, seram dibuatnya
Padammemang gerun nak duk luar lama2 dalam situasi angka kes positif covid ni jadi tak menentu kebelakangan ni...
BalasPadambetul, memang kami jauh2 je, tak berani!
PadamPernah juga anak-anak nak bela haritu ikan laga ni... cantik warna ikan laga tu... nanti nak cari jugalah untuk anak-anak... risau juga dengan masyarakat yang buat endah tak endah je dengan PKPP ni... semoga angka kes positif COVID-19 tu semakin berkuranganlah hendaknya...
BalasPadamCantik, senang jugak nak jaga rupanya hehe..
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.