Masak.
Aku dengan masak ni, sebenarnya masih mentah.
Jujur cakap, sebelum aku kahwin, yakni masa aku muda remaja dulu, aku tak pandai masak.
Lagi menambahkan horror dalam kisah silam aku dalam dunia masakan ni, aku tak pernah disuruh masak.
Sebab?
Mak aku memang sejenis aku (aku mewarisi dia kot?)
Jenis yang kalau memasak, suka lone ranger.
Dia takkan panggil. Tu yang menambah liat aku nak memasak. (Ya teruk kan, sila kecam lite-lite je tau).
Kalau aku buat-buat join dia nak memasak pun,dia tak ada nya nak lepaskan terus 1 lauk kat aku, kecuali goreng telur haha!
Agaknya sebab ada sekali masa aku form 1 kot, aku coba-coba tolong nenek aku masak kat dapur.
Nenek kasi task goreng kangkung.
Dengan yakin je aku goreng, tapi aku terlupa basuh kangkung tu.
Ingat lagi, abah orang pertama yang try kangkung goreng aku masa tu, terkumbab dia sebab berpasir 😂
Dan itulah last aku memasak secara serius, sampailah aku kahwin.
Memang gelabah la jugak, sebab zaimi kuat makan.
Tapi mak aku rilek je aku tak reti masak lagi tu.
Sebab dia kata, memasak tu tak susah. Sekejap je boleh belajar, yang penting kena praktis selalu.
Sebab tu dia tak bising-bising aku tak join dia masak, rupanya itu filosofi mak aku dengan memasak ni hahah!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Walaupun aku dah boleh masak lepas kahwin, aku ni boleh dikatakan hanya masak lauk berat pada hujung minggu je, ataupun pada cuti am.
Sebab tempat kerja kitorang jauh, nak sampai rumah pun sejam lebih, selalunya sampai rumah je mesti dah pukul 7 malam, nak masak lagi..
Jadi zaimi memang suruh beli je la petang-petang.
Lepas kami selesai ambil anak, singgahlah mana-mana kedai kat senawang ni untuk beli je dinner.
Tapi, tiba-tiba PKP telah menyebabkan aku naik pangkat menjadi tukang masak sepenuh masa dekat rumah ni 😂
Punyalah lama duduk rumah, sampai dah tak tau nak masak apa. Tak pernah berlaku aku ketandusan idea nak masak ni weh! Selalu kalau masak weekend tu je, bolehlah ulang lauk yang dah masak minggu ni, lagi 2 ke 3 bulan berikutnya. Ini senggang waktu untuk ulang lauk yang sama tu singkat sangat.
Buntu jugak dibuatnya!
Mana tak nya, pagi masak, tengahari masak, kadang-kadang masak, esok repeat lagi.
Jadi, memang banyaklah explore resepi yang aku tak pernah cuba sebelum ni.
Yang banyak bagi idea semestinya Khairul Aming, dan jugak blog-blog resepi yang ada.
Dah banyak free time, terutamanya sebelum semester mula balik secara ODL pertengahan April haritu, dah siap masak, kadang-kadang beria pula tangkap gambar. Ahaha
Antara lauk yang sempat tangkap gambar (walaupun bukan first time cuba masak tapi gatai nak snap jugak!), sebab banyak je yang lepas masak terus zaimi dan anak-anak terus terkam tak sempat nak bergambar bagai, adalah:
Ayam Goreng Pandan. Ini jujur cakap, pertama kali buat. Rupanya senang je, dan rasa pun sedap gila, kredit resepi pada Khairul Aming sebab resepi dia sangat mudah nak follow!
Ayam masak kicap pekat, kuah dia macam minyak-minyak lekat gitu je kat nasik. Favourite anak-anak. Asyiklah suruh masak ni. Macam mana kau tak boring? Hahaha
Daging bakar cicah sos thai buat sendiri. Kudos Khairul Aming again untuk resepi mantap ni.
Dahlah senang je rupanya! Ada jugak aku cuba yang versi sotong, pergh sedap! Gambar pun tak teringat nak ambik dah!
Daging goreng kunyit. Sebab zaimi dah rindu kampung dia masa ni haha. Jadi aku pun buatkan lah resepi mudah ni, kisahnya sebab ini adalah lauk yang utama bila tiba musim raya haji kat rumah mertua aku.
Kacang buncis goreng dengan udang dan hati ayam.
Resepi ni dapat dari mak mertua kakak zaimi. Nampak senang kan, tapi aku tak pernah buat sebelum pertama kali aku makan dekat rumah mek tu ahaha. Makanya bila makan tu rasa sedap, terus cuba bila dah balik rumah. Terus zaimi nobat sebagai antara lauk fevret dia 😋
Kerabu sotong. Senang gila, tapi aku yang gila sebab tak pernah nak cuba.
Masa ni goreng spagheti, sebab anak-anak request.
Call me noob, tapi jujurnya sepanjang hayat aku tak pernah merendang walaupun pacak-pacak ni ha. (pacak-pacak adalah rendang yang tak kering, nama sebenar tak tau, mak aku gelar pacak-pacak I don't know why). Masa tu dah dapat bayangan dah, raya tahun ni tak dapat balik kampung. Jadi, untuk tetap hidupkan suasana raya di rumah sendiri walau di kala PKP, aku nekad belajar cara masak dengan mak, melalui Whatsapp 😂
Dan aku sangat happy bila jadi!
Jadi masa raya buat lagi sekali dengan jayanya jugak 😘
Sambal sotong. Ini selalu sangat dah buat. Tapi musim PKP lagilah selalu sampai aku dah tak kuasa nak buat sambal sotong buat masa ni sebab jelak dah huhu..
Kacang buncis goreng dengan carrot dan sotong, kuah lebih. Ini lauk anak-anak.
Adam dan amir gigih puasa tahun ni, jadi nak kasi naik selera masa berbuka, lauk ni memang champion lah.
Telur rebus masak kicap. Jujur cakap, selama ni kalau buat telur masak kicap, aku buat telur mata.
Rupanya telur rebus pun sedap buat masak kicap.
Seperti biasa, ada kicap, selera makan anak-anak naik!
Tenggiri Balado, juga inspired dengan Khairul Aming.
Selain tenggiri, ayam pun pernah aku balado kan.
Walau Khairul Aming kata cili tu tumbuk, aku blend je guna blender. Kah kah dasar malas. Asalkan rasa masih ada kih kih
Tomyam campur. Being married to a Kelantanese, this menu need no further explanation la kan kenapa kena ada 😂
Udang goreng, resepi untuk anak-anak jugak.
Selalu buat ni masa mak ayah teringin nak makan lauk pedas, jadi ni la lauk diorang kalau bukan telur dadar, telur scramble semua tu.
Yang paling aku tak sangka, tahun ni aku buat juadah raya dekat rumah sendiri.
Selalu mak yang masak kat rumah mak..
Sayu je masa ni.
Tapi puas! Sebab aku berjaya masak sendiri nasi minyak, dalca, pulut kuning, pacak-pacak semua tu.
Sate tu beli, sebab zaimi nak jugak ada 'touch' raya versi Kota Bharu, yang mana bila raya, menu raya diorang adalah sate.
Ini antara sebahagian yang aku masak hari-hari masa PKP.
Dan alhamdulillah, PKP buat aku sedar yang aku sebenarnya sangat suka memasak.
Aku pun tak sangka, aku ni suka dan boleh memasak!
Sama macam kes aku tak sangka aku akan suka pakai make up tu hahah!
Betul la orang cakap, memasak ni boleh jadi terapi minda.
Dan yang paling menggembirakan bila memasak ni, suami dan anak-anak makan dengan penuh selera 😀
Ogos ni dah kena masuk ofis sepenuhnya, mesti akan rindu dengan aktiviti memasak aku ni...
Oh ya kuali memang tak cantik, kena belajar dengan Sugu Pavithra ni cara sental kuali 😅
Tak menahan tengok goreng udang tu...!
BalasPadamooops haha
Padamslowly pandai lah masak tu nanti. masak ni kena masak dgn passion baru sedap. kalau setakat masak sebab kena masak, kureng sikit rasanya kecuali org tu mmg ada magic touch. saya sebab suka makan tu lah yg suka masak. selalu juga fail 😜
BalasPadambetul, ada juga masakan yg first time buat memang hancus haha! Tapi lately saya suka masak ;)
PadamRajin mencuba,ada sokongan..memasak jadi satu yang menggembirakan.
BalasPadambetul PC, ahppy sangat bila anak2 dan suami selera makan :D
PadamPergh, power2, ayam pandan selalu order kt murdi discovery, x prnh try nk buat. Tp sme la abam pn jnis masak lone ranger, klau berdue dgn wife jdi pening plk..hahaha
BalasPadamkan! pening kan bila ada orang lain hahaha
PadamSaya dulu tak pandai masak skrg dh pandai masak. Pandai masak nasi goreng
BalasPadamSaya nasik goreng tak pandai sangat T_T
Padamperghhh.. dalam pada kata tak pandai masak tu ye.. baguskan PKP ni. nanti belajar lagi. insyallahh
BalasPadammasih banyak untuk belajar hehe
Padamsemua nampak yummy...
BalasPadammusim PKP semua jadi pakar masak, dari tak tau masak boleh masak jadinya...
tu la, saya pun tak sangka saya boleh masak sebenarnya hehe
PadamSEDAP MENYELERAKAN MASAKAN SYAZ
BalasPadamhihihi terima kasih kak :D
PadamTelur rebus masak kicap nampak menarik.. Tak tahu pun boleh buat.. Selalunya buat telur rebus sambal je.. hehehe..
BalasPadamKan, saya pun baru discover masa PKP hahaha
PadamSama la shida juga syaz..time bujg kt rumah jrh sekali msk..selalu mak je urus..kdg2 bpluang bsilat kt dapur tu..lepas kawen baru 100% masak sendiri heheee..
BalasPadamBetul shida, satu sebab kos, 1 sebab makin tua makin muak pulak makan kedai ahaha
PadamBanyak kebaikan PKP ni. Slow-slow, nanti terer la tu. Silap-silap jadi food blogger pulak..
BalasPadamAhahah mana tau kan ;)
Padamlapar plak tgk pic makanan beratur ni.. he he..sama la, jenuh la cuba mcm2 resepi.
BalasPadamkan? tapi seronok haha
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.