PKP telah menyebabkan aku buat macam-macam yang tak pernah terfikir dek akal sebelum ni.
I mean bukanlah pelik sangat macam makan mee ikut hidung ke, tapi jujurnya, tak pernah terlintas akan buat perkara tu, macam entry kenangan PKP yang lepas, yang aku beli bawang tu!
Jadi, Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac 2020 tu, telah menyebabkan ramai orang kena bekerja dari rumah, atau dalam bahasa mudah yang selalu disebut-sebut adalah Work From Home (WFH), termasuklah aku.
WFH?
Ya Tuhanku..
Aku sebagai seorang yang sangat berpegang teguh kepada filosofi 'Left your work at the office, home is where you have a rest'
Senang cerita, aku bukanlah orang yang bawa kerja balik rumah. Kalau pernah pun, sangatlah jarang.
Walau musim menanda kertas exam setiap hujung semester pun, aku hanya akan marking di office.
Aku takkan serabutkan kepala dengan urusan kerja yang tak mungkin akan habis tu kat rumah.
Jadi bila harus WFH ni, aku jadi bodoh lost seketika.
Nak buat kerja kat mana ni? Meja makan? Oh no.. So not me, aku tak suka ðŸ˜
Jadi, cubalah bersila sambil buka laptop di ruang tamu tingkat atas.
Betapa tak selesanya, sampai sakit kepala.
Nak buat kerja pun tersengguk.
Zaimi tak apa, dia memang dah ada meja dan komputer dekat bilik bawah, aku jarang sangat guna komputer tu, sebab memang tak rancang nak sentuh pun benda-benda kerja ni kalau ada kat rumah.
Tapi bila keadaan dah memaksa macam ni, menitis jugaklah air mata mengenang nasib diri uhuk..
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jadi zaimi bagi idea, supaya rearrange balik ruang tamu atas tu.
Console table yang selama mak bagi dari 2 tahun lepas tu, aku cuma buat tempat letak beg je.
Jadi, dia suruh kosongkan, untuk senang letak laptop.
Kerusi ada extra 1 kat bawah, sebab zaimi baru beli yang baru beberapa bulan sebelum tu, jadi dia angkut naik atas supaya aku boleh ada 'mini workspace'
Tadaa!
Walaupun hanya guna kipas kecik, kira oklah hahaha
Ok sangat rindu aircond di office.
Selesa lah sikit dari bersila atas karpet, sakt pinggang woih guna laptop atas lantai sejak dah 30s ni.
Tapi, kerusi biru tu memang ada sebab kenapa zaimi ganti dengan kerusi baru.
Hidraulik dia dah out ðŸ˜
Bila aku yang gajah ni melabuhkan punggung, punyalah laju dia melorot ke bawah,
jadi nak guna laptop pun jadi tak selesa sebab kerusi sangat rendah.
Apa lagi, demi semangat WFH (konon), terus capai phone, scroll shopee, cari kerusi pejabat.
Ahah!
Ada 1 warna pink, terus jatuh cinta weh!
Tengok review pulak bagus, why not, add to cart, terus bayar!
Bagusnya seller tu, walaupun PKP, postage cepat sangat.
Besar betul lori yang sampai depan rumah hahaha
Dia guna pun kotak besar, sebab kerusi ni tak payah buyer nak pasang sendiri, dia pos seketul kerusi terus direct dari kedai ke rumah!
Happy sangat masa kerusi ni sampai!
Masih berjasa sampai la ke saat entry ini ditaip, dan selagi tak rosak, insyaallah akan terus berkhidmat!
Tak pernah tercapai dek akal, aku akan beli kerusi meja pejabat secara online, but PKP made me do that.
Walaupun tak selesa meja console tu tak cukup lebar untuk letak tangan, atau nak menulis, kira ok lah, dari tak ada kan.
Lepas tu, nak rasa macam ada 'room' sikit, aku pun dengan gigihnya menyusun balik ruang tamu atas ni hahaha
Tolak rak buku, rak tv, sofa semua, ubah susunan.
Tercengang zaimi tengok aku buat sorang-sorang je keh keh keh..
Puas hati!
Dapatlah jugak ada 'office' sekaligus merangkap ruang 'me time' kat atas yang agak cozy gittew..
Jadi di sinilah tempat aku WFH, lipat kain, baca buku, tengok tv sekali sekali, bila rasa memerlukan 'me time' barang seketika. Orang introvert macam aku memang sangat memerlukan alone time tu. Selalu me time kat office lah kan, tapi dah PKP ni, ruang ini sangat penting bagi aku.
Eh patut nak cerita pasal kerusi merah jambu je tadi.
Eheh..
Tapi sesungguhnya, marilah berdoa agar boleh bekerja di office semula 💓
Memang tak menjangka langsung akan terjadinya situasi PKP ni..Sememangnya suasana bekerja perlukan situasi yg agak selesa..kalau duduk bersila..sakit belakang tu
BalasPadamBetul tu cikgu, tulan belakang dah tak flexible macam zaman remaja dulu hehe
PadamHikmah PKP.
BalasPadamya, antaranya :)
Padamkan! Geram sebab rasa terpendek je ke bawah hahaha
BalasPadamYea.. Mmg x feel keja dari rumah sbb lain environment dia. Tpi sebab pkp, terpaksa juga buat bila bos bagi arahan kerja.
BalasPadamKan, sangat lain feel nya, sedikit lemau pun ada
PadamLain kali hati-hati, kak.
BalasPadamJangan terulang kejadian kursi melorot ðŸ¤
Hahaha betul tu :D
Padambest kan..ade office kecik dlm rumah hahaa..
BalasPadamshida pun mmg dah sediakan mini office kdg2 mmg nk pkai
lagi2 time WFH..
Betul shida, tak pernah terlintas nak buat workspace kat rumah ni ha hahaha
PadamAda hikmahnya PKP ni kan
BalasPadamSangat wak
Padamkalau uncle kerusi macam ni boleh Zzzzzzz teros! hahaha
BalasPadamsebenarnya selalu jugak terbit perasaan zzz tu bila duduk atas kerusi ni hahaha
PadamKERUSI MERAH JAMBU KENANGAN PKP PENGALAMAN HIDUP TU
BalasPadamBetul, sangat jadi pengalaman yang takkan dilupakan, nasib baik hampir semua benda boleh online sekarang hehe
Padamterus nampak lain dan exclusive gitu bila tukar kerusi biru tu dengan kerusi pink tu heheheh...
BalasPadamBoleh feeling2 kat ofis haha
Padambukan skrg July dh bole WFO ke ni entri masa PKP dulu2 tuuuh., ;p
BalasPadamhehe boleh, cuma tak ke ofis lagi sebab student tak ada lagi
PadamPKP yg banyak storynya...byk kenangannya..
BalasPadamsangat banyak, ada suka, ada duka :)
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.