Ahad lepas, zaimi ajak bawa anak-anak keluar, dah lama terperap dalam rumah.
Nak bawak pergi mall atau supermarket, macam ramai sangat orang.
Budak-budak ni nanti pun mesti susah nak dikepung kalau kat kawasan macam tu.
Jadi fikir punya fikir, bawaklah anak-anak ke Rabbit Fun Land Lenggeng.
Pertamanya sebab tak jauh sangat, kalau boleh taknak perjalanan tu jauh sangat sebab nak elak penggunaan tandas awam. Dari senawang ni dalam 30 minit je ikut LEKAS.
Kedua, kawasan dia kecik aje. Senang kepung budak-budak.
So, let's!
Sesampai je kat sana, terus park kereta.
Kawasan agak curam, ayu asik macam nak tergolek kat bahagian entrance tu 😂
|Entry ini banyak gambar|
Norma baharu kan, anak-anak siap pakai mask 2 lapis.
Hand sanitizer memang bawak 2 botol.
Sampai kaunter tiket, terpana (ewah) sekejap sebab harga tiket masuk RM12 1 kepala, sama je kanak-kanak ke dewasa. Ayu pun kena RM12 jugak sebab yang free hanya 2 tahun ke bawah.
Tapi zaimi kata tak apa, dia memang dah niat nak belanja anak-anak berjimba.
Jadi lepas bayar tiket dan beli makanan untuk haiwan-haiwan, kami pun geraklah meneroka Rabbit Fun Land tersebut.
First stop kami adalah dekat rusa.
Ayu dengan adam berebut nak bagi rusa tu makan.
Amir?
Aku tak sangka dia takut dan geli.
Jadi dia duduk jauh-jauh je *tepuk dahi
Gerak ke atas sikit, ada area untuk budak-budak main.
Kat situ memang lama lah stuck.
Nak main trampolin lah, wall climbing lah, titi gantung lah..
Tak apalah, kasi can.
Lagipun tak ada orang lain sangat masa tu.
Lepas dah main dekat area tu hampir setengah jam,
paksa lah anak-anak untuk teruskan explore.
Kalau tak, takkan bayar doblas hengget nak main kat situ je anak-anak uii..
Jadi gerak naik ke atas sikit, adalah beberapa haiwan dalam kandang yang boleh dilihat.
Ada lembu besar gila, tak tau breed apa sebab dia tak tulis apa-apa, sebelah lembu tu ada unta.
Ada rusa jantan, rusa betina, baby rusa pun ada.
Ada kambing biri-biri jugak.
Dan bila sampai atas sekali, adalah 5, 6 ekor rusa yang dia lepaskan.
Untuk tujuan petting oleh visitor rasanya.
Kebetulan adam pegang bungkusan makanan untuk haiwan tadi, terus rusa-rusa tu datang ke arah kitorang la.
Ayu dengan adam sangat excited, amir pulak menjerit-jerit takut "ayah! ayah! selamatkan amir!"
Allahu.. 😅😂
Sungguh tak sangka amir takut rupanya.
Tengoklah tu, dia menyorok.
Lepas dah habis round belah atas, kami turun ke bawah pulak.
Dekat area bawah, ada beberapa haiwan lagi.
Ada burung merak.
Sibuk semua nak bagi merak makan atas tapak tangan masa ni.
Ada beberapa sangkar ayam macam ni, ayu sibuk bagi ayam-ayam makan.
Ada ikan keli sebesar peha, melopong-lopong mulut ikan keli tu nak makan.
Walaupun nama tempat ni Rabbit Fun Land, tapi masa kami pergi tu, ini ajelah rabbit yang ada.
Ada kuda warna perang cantik 2 beranak.
Adam lah yang paling suka kuda ni, kejap-kejap dia suap kuda ni makan.
Lepas dah habis exlore, duduk lepak sekejap hilangkan penat.
Oh ya ada burung unta jugak.
Teringin pulak nak gambar dengan zaimi,
minta tolong abadam tangkapkan haha
Turunkan mask masa nak tangkap gambar, kalau tak memang tak berani nak bukak, orang pun dah makin ramai bila hari makin petang.
Gambar 1 famili 5 beranak tak ada, sebab tak berani pulak nak suruh sesiapa tangkapkan..huhu..
Overall, rating tempat ni aku boleh bagi 2 setengah bintang dari 5 bintang.
Banyak lagi yang dia boleh perbaiki.
Nak caj RM12, makanan untuk haiwan visitor kena beli sendiri (2 batang carrot rm10), kena kasi elok la sikit kot, kolam ikan sampai hijau, tandas horror sikit..huhu
Tapi anak-anak memang sangat suka, kecuali amir dia suka tang play area tu je 😑
Ehee..
Itu saja buat kenangan anak-anak..
Pernah pergi sini?
PS: Ahad kami tidak berakhir di sini..hehe..
Ni blh anggap mini zoo, kan...ada Bambi!:D
BalasPadamBolehlah nak anggap macam tu, more to petting zoo kot. Hehe
PadamAah Bambi dia cantik!
menarik tempat ni :)
BalasPadamBolehlah hehe
Padamahaha tu lah, tak berminat langsung dia kecuali tabur makanan kat ikan tu je
BalasPadamTerima kaseh bagi amaran 'Entry ni banyak gambar'
BalasPadamhehe... uncle memang suka gambo banyak!
Hahaha bgtau siap2 sebelum ada yang marah kah kah
Padam2 batang carrot rm10. mahal juga tu. huhu. tapi kanak2x happy pergi tgk haiwan secara live. okey kan kak. huhu.
BalasPadamtu lah, yang penting happy tu :D
Padamseronok juga syaz..cuti2 bawa anak2 kat sana..lg2 si kecik tu kan..
BalasPadamBetul, dialah yang terpaling excited hehe
Padammenarik gak tempat mini zoo nih., hehehe
BalasPadambolehla.. hilang2 kan boring anak beranak
Padambanyak juga binatang dekat sana ye.
BalasPadamBanyak la jugak, haiwan2 jinak semua :)
PadamSeronoknya
BalasPadamAlhamdulillah anak2 seronok :)
Padamthank sis,saya pon dh letk blog sis dlm list saya..
BalasPadamlist ad di bwh sekali ya
Tenkiu cuya :)
PadamBanyak juga haiwan yg ada..siap boleh bagi makan. Seronok jugak :)
BalasPadamSeronok jugaklah :)
PadamMacam2 binatang ada
BalasPadamingatkan hanya arnab aje
Hahaha kan, arnabnya sikit je :)
Padambest jg sbb byk jenis haiwan..jinak2 rusa..rabbit2 tu kalau lepaskan, lg best kan..
BalasPadamHarga tiket budak2 patutnya bg diskaun mcm tmpat2 lain..boleh bw carrot dari rumah ke? mahalnya 2 btg seploh hinggit..huhu..
kan? Macam overprice jugaklah
PadamMahal juga dengan keadaan yang kurang menarik.. Tapi ohsemlah selain ada haiwan, ada tempat bebudak nak main.. Nice..
BalasPadambetul, bagi saya memang mahal sikit la hehe
Padamsaya rasa orang dewasa pun suka p tempat2 macam ni..
BalasPadamkalo saya pun excited bukan kanak2 je hehehe..
hehe i feel you sis
PadamSangat2 menarik untuk bawa anak-anak
BalasPadambolehla :)
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.