Sejak dah lama berhenti blogging, memang dah tak ambil tahu pasal adsense.
Jadi, start semula haritu, sajalah godek-godek balik adsense tu dekat bahagian earning kan.
Walaupun ni blog personal yang totally personal, tapi kalau ada iklan sikit2 yang boleh dapat duit sikit-sikit, why not kan? Eheh..
Jadi godek-godek, baru perasan (noob kan sebab baru perasan) yang adsense ni ada function auto ads placement, yang mana bila kita turn on function tu, dia akan secara automatik letak iklan dekat mana-mana sudut dalam blog / website kita.
Sebab, aku ingat adsense ni dia akan keluar dekat beberapa spot yang kita pilih je, macam iklan dekat header, skyscrapper yang tepi tu, atau petak antara post kita.
Sesungguhnya aku dah ketinggalan 😅
Disebabkan lama dah tak letak adsense, jadi masa aku setting semula ni, agak lama juga Google ambil masa untuk review blog.
Alkisah, dalam dua tiga hari lepas, tiba-tiba terbitlah adsense adsense bertebaran atas mukabumi muka blog aku!
Dekat bawah header ada.
Dekat tengah-tengah perenggan post ada.
Dekat post saja ada dua tiga iklan.
Kat tepi side bar tu pun ada.
Dekat ruangan komen ada.
Dekat bawah sekali blog pun ada.
Ha kau!
Mentang-mentang bagi kebenaran letak iklan secara automatik dekat tempat terbaik dalam blog, sebanyak-banyaknya dia letak ahahah
Terima kasih Google, sebab mempercayai blog personal ini 😂
Bab ads placement dah settle alhamdulillah, bab klik tu tak pasti lah, ada atau tak audience yang nak klik eheh. Yang pasti, adsense ni jangan klik sendiri, Google boleh kenalpasti jika tuan blog klik sendiri iklan dia, sikit-sikit tak apalah kot, ada member dulu sampai kena blacklist dengan Google sebab isu fraught, macam tu lah ayat yang google bagi dekat dia.
Cerita pasal adsense ni, teringat pulak last week, masa aku tengah update aku punya Good Read, aku terperasan yang adsense yang keluar dekat page tu sangat aneh!
Anehnya..
Ada yang sebelah lagi, tak sanggup nak crop dan share, perkara yang selalu orang zaman dulu-dulu kalau nak cari, dia akan masuk kampung bawak pengeras bagai, boleh buat secara online je sekarang, siap 'tuan punya bisnes' tu boleh buat website, dan register adsense 😨
Macam-macam dunia modern ni.
jaga betul2 google ads tu.. jangan jadi macam saya. selalu klik iklan kat page sendiri. Ingatkan boleh kalau sekadar nak tengok content iklan.. :(
BalasPadamhuhu memang tak boleh ejulz, dia akan anggap itu sebagai fraught. Tak apa, rasanya dia block tu sekejap je
Padamadsense sekarang ada auto ads, tak reti la nak setting sendiri adsense ni..hehe
BalasPadamhehe.. lagi senang sebenarnya kan
PadamAlhamdulillah, banyak iklsn keluar.
BalasPadamalhamdulillah :D
PadamAlhamdulillah
BalasPadamSemoga ada rezekinya
amin haha.. lepas duit buat renew domain pun dah ok
PadamAbe koe dpt beberapa sen je sehari dgn adsense ni.
BalasPadamSamalah cikgu, bilalah nak dapat masyuk banyak2 tu haha
PadamTahniah..semoga ada rezekinya
BalasPadamInsyaallah hehe
Padamiklan bomoh siam tu yg seram, ada jg keluar kt blog akk..hehe..
BalasPadamntah, kdg2 akk serabut gak tengok iklan byk2 ni, kat entry masjid, keluar iklan seluar dalam...letihh..kdg2 akk off, lepas tu on balik.. pening google..
kan sis, seram hahah! Betul, iklan spentot tu selalu jugak saya nampak ni ha ahahaha
PadamTahniah syaz..shida blm cuba lg nk apply adsens..
BalasPadamhehe tq shida, ini pun saja mencuba je ni :)
Padamtahniah kak xreti nk set google adds ni
BalasPadamsamalah kak, saya pun main bedal je tu huhu
PadamSyukur.Rezeki itu.
BalasPadamalhamdulillah :)
Padambomoh pun dh online
BalasPadammain jarak jauh je mereka sekarang
PadamMenarik jugak auto ads ni
BalasPadammenarik ada, rimas pun ada hihih
PadamBanyak Ad, Masyuuukkk....!
BalasPadam(Gambar uncle pon ada! Hehehe)
semoga betul2 lah masyuk ahaha
Padamx pandai la bab bab ni... nuffnang dulu pun jenuh belajar. merasa jugak la masa aktif blog dulu ngan nuffang, now dah makin slow.
BalasPadamtu la, ni pun saja2 cuba, nuffnang pun dah lama je beku tak bergerak nilainya dalam earnings tu huhu
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.