Masa hantar dia masuk darjah 1 haritu, memang kelam kelibut jugaklah, sebab tak pernah ada pengalaman kan. Nantilah kalau rajin boleh buat 1 post khas untuk kenangan yang itu. Eheh..
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Seperti sekolah-sekolah yang lain, ada group whatsapp kelas / sekolah yang diwujudkan. Walaupun sebelum ni aku selalu terbaca pasal group macam tu disalahgunakan oleh ibubapa untuk marah cikgu, suruh cikgu cari barang etc.. Tapi, sejak anak aku sekolah, aku sendiri mengalami benda-benda macam tu, serious talk, adakala memang rasa macam ek eleh sangat. Amenda korang ni. Ha gitu. Tapi, aku hadap je la. Malas baca, scroll je laju-laju.
Dan, sebenarnya tindakan scroll laju-laju group whatsapp bila nampak ada mesej tak berkaitan macam tu, bukanlah habit aku sorang. Aku rasa normal semua orang buat macam tu, lebih-lebih lagi bila mesej tu sangat banyak! Anda rasa kami ada masa
Yang paling, emm, how to say this in a nice way ya, yang paling tidak sesuai dan tidak sepatutnya dikongsi dan dilakukan di group whatsapp sekolah anak, adalah mengiklankan barang jualan dan perniagaan. Ya, berniaga itu tak salah, tapi pada pendapat aku yang penuh dosa ni, saluran dan medium untuk berniaga tu tak berapa nak kena dengan tempatnya. Sehari pula lebih sekali iklan.
Benda ni jadi makin intense pengiklanannya sejak PKP bermula, ditambah pula dengan bulan ramadhan. Aku cakap jujur, aku memang tak baca betul-betul dah info dalam tu, sebab too spammy. Nasib baik kelas anak aku, ada 1 group asing untuk cikgu beri task etc..
Ini antara contoh-contoh iklan dalam group tu.
Ini baru sikit.
Nak dijadikan cerita, rentetan ramai yang pakat jadikan group whatsapp sekolah ni 'online bazaar', harini terkeluarlah 1 cerita, yang ada seorang penjaga pelajar, terlepas cerita yang sebenarnya pelajar jagaan dia sepatutnya ada 'online class'.
Dia tak perasan yang ada pengumuman berkenaan kena join group whatsapp kelas (sebab sebelum pkp, bukan semua kelas ada group whatsapp macam kelas anak aku). Aku personally tak salahkan dia, dia claim dia nenek kepada pelajar, mungkin mak ayah pelajar tu frontliners atau terperangkap kat kampung, wallahualam.
Dia kata, dia hairan, cucu-cucu dia yang sekolah di KL, cikgu beri tugas, tapi cucu dia yang di Kuala Pilah ni, tak ada apa-apa.
Rupanya, kelas tu ada, cucu dia yang tak masuk, sebab dia tak perasan. Macam mana nak perasan kalau group tu penuh dengan iklan bergambar? 😅
Personally aku side nenek ni.
Aku tak salahkan sekolah, aku salahkan spammer.
Itu bukan medium sesuai untuk berniaga, tak salah cari rezeki, tapi banyak lagi saluran lain.
Kalau ikut parents lain dalam group ni, diorang kata, ada je group peniaga dan jual beli di Kuala Pilah ni. Aku tak tau, sebab aku tak duduk sini, tapi kat Senawang, memang ada group jual beli. Lebih convenient musim PKP sebab dia delivery terus ke rumah kan.
Disebabkan ramai parents yang mula menegaskan balik tentang jangan iklan tu, maka pengerusi pun dah buat larangan keras. Kalau ada yang degil jugak, tak tau la. Huhu
Oh ya, teringat pulak antara mesej unik masa bulan puasa haritu.
Hah rare tak?
Ko hade orang gaduh sebab harga murtabak dalam group sekolah anak ko?
Tak ada kan? Kan?
Kan?
Hahahaha
Haih macam-macam..
Marilah kita sama-sama jaga benda-benda yang tampak mudah macam guna saluran yang betul ni, sekali sekala iklan tak apa, bila dah jadi kes keciciran anak orang, terlepas info-info yang memang penting, susah dan bagi masalah kat orang. Takkan kita nak jadi orang yang selfish dan menyebabkan orang lain got into trouble?
Kita mampu mengubahnya. Eheh.
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.