Pernah tak terfikir, kenapa selalunya, apabila seorang lelaki, sebagai contoh dia adalah seorang ayah, apabila dia buat sesuatu yang sepatutnya memang apa yang patut seorang parents buat pada seorang anak, seringkali mendapat pujian, kadang-kadang sampai viral seantero dunia!
Seorang ayah pakaikan baju anak lepas mandi, 'awww baiknya ayah dia!"
Seorang ayah suapkan anak makan, 'bagusnya ayah dia!"
Seorang ayah pimpin tangan anak perempuan dia lintas jalan, 'so sweet!!"
Tapi, bila seorang emak yang buat semua perkara tu, ianya adalah normal. Biasa. Tiada apa yang boleh diviralkan.
Kenapa ya?
Bagi aku, semua tu disebabkan 'effect romanticism'.
Perlakuan yang memberi nilai yang boleh menjadi inspirasi dan menonjolkan seseorang individu, lebih kurang macam tu lah maksudnya mengikut cikgu bahasa inggeris aku dulu, kalau kurang tepat maaf ya.
Jadi, sebab norma nya emak yang buat, jadi bila ayah yang buat, ramai orang akan romanticized perkara tu.
Aku selalunya so-so je bila isu ni timbul. Tak condemn, tak sokong.
Tapi semalam, aku sendiri telah mengalami benda tu!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Zaimi balik dari kedai shopping groceries, masa dia angkat semua barang keluar dari bonet kereta, dia ajak ayu sekali.
Ingatkan dia nak bagi biskut ke, air kotak ke kan..
Sekali dia keluarkan sepasang kasut ala croc warna pink terang, suruh ayu sarung.
OMG tanpa diduga perasaan in awe menerjah segenap ruang hati. Bertambah awww bila ayu sarung, seronok dapat kasut baru, terus senyum yang macam happy sangat tu.
Halah sweetnya, first time ayahnya belikan kasut pink terang kat gegirl dia ni.
Ye lah selalu kan kalau beli groceries ke, shopping ke, aku mesti pergi sekali.
Kalau aku pulak shopping sorang-sorang, belikan barang kat anak macam ni, perkara biasa sangat.
Selalunya zaimi ni, beli sebijik sebijut ikut list, jadi bila tetiba dia teringat nak belikan kasut pink terang ni kat ayu, so sweet ahaks
Comel pulak tu, ada kambing biri-biri.
Pandai pulak teka saiz kaki anak dia tu 😍
Maka harini, aku dah mengerti macam mana boleh terbit rasa nak romanticized tindakan simple seorang lelaki apabila membabitkan hal parenting. Haha!
Sukalah tu, dapat kasut baru ya 😊
+++
comeynya dua beradik ni.. cute! =D Ayah pun pandai bab parenting ni cuma kdg2 kita tak perasan
BalasPadamBetul tu :)
PadamUncle kalau tido kat sofa, mesti aunty cakap... Wah! Cantiknya tido!? Baahaha!
BalasPadamHahaha habislah
Padamexactly! betul sangat dah tu hahaha
BalasPadamBenda yang ayah jarang jarang buat...sekali buat nampak rare dan sweet gitu.
BalasPadamitulah tu :D
PadamYerlah bila ayah buat mmg nampak satu value berbanding mak kan. Macam syaz ckp mmg biasa mak yg buat semua2 tu, skali2 ayah buat haaa nmpak kelainan skit :)
BalasPadamseronok adik dapat kasut baru. Thanks utk encik suami jd lain dr yg lain masa tu ^_^
Betul3, seronok sangat ayu dapat kasut tu hehe
Padamsyaz kenapa iklan nuffnang yg squre duk atas header..salah psg ke?
PadamKonon pasang untuk mobile, tapi entah kenapa kat laptop pun dia keluar uhuk.. tak reti dah (malas jugak) nak godek shida
Padamasik ya kakak dan adik, terpaut jarak dengan tidak begitu jauh
BalasPadamasik!
PadamZaimi... sama pulak namam dengan arwah suami saya... Thanks folo blog saya.. Saya folo awak balik
BalasPadamAl-Fatihah untuk zaimi awak ya, nama kita pun macam lebih kurang :)
PadamSalam kenal
comel kasut baru dia, sesuai lak tu... pandai ayahnya pilih
BalasPadamitulah tu, kena dengan taste gegirl dia hihi
PadamBestnya dapat kasut baharu
BalasPadamKasut sedia ada dah tak muat :D
PadamBegitu juga kalo ayah tolong mandikan anak, tolong basuh pinggan, sbg isteri kita akan rasa bahagianya suami kita rajin menolong kita dlm urusan rumahtangga. Mcm Rasulullah yg sering dikisahkan suka membantu isteri baginda, jahit sendiri baju yg koyak, tolong isteri baginda memasak..itulah suami mithali..
BalasPadamSubhananallah betul tu kak azimah :)
PadamAkk dah balas follow ye, trmkasih sbb follow akk yr😊😊
BalasPadamayah tak pandai nak tunjukkan sayang, tapi once dah tunjuk tu touching sweet dan romantic
BalasPadamSangat touching hehe
PadamKena galakkan ayah buat perkara luar daripada kebiasaan. Beri hati berbunga gembira.
BalasPadamLepas ni nak minta dia belikan kasut emaknya pulak lah hahaha
PadamWaaa... cutenya kasut gambar bebiri pilihan bapak hehehee..
BalasPadamehehe cute kan ;)
PadamComel kasut. Mcm tuannya jugak. Semoga anak2 sihat dan jadi anak soleh dan solehah.
BalasPadamAmin ya rabbal alamin :)
PadamSaya harap ada ciri2 romanticism tu..ada kot hehehe
BalasPadamHehe belum cuba belum tahu kan :D
Padamsebab bapa2 ayah2 ni jrg buat sesuatu yg sweet2 tuk anak perempuan so bila diorang buat, peristiwa tu cam bermakna sgt, sweet. tapi if diorang beli baseball cap tuk anak lelaki, biasa je kan. apapun, comel anak2 sis
BalasPadamHmm ya jugak kan :D
Padamcomelnya kasut & gegirl...men are from Mars, women from Venus...hihi..
BalasPadamhehe walaupun dua2 duduk di bumi kan hahah
Padamsaya biasa buat untuk anak-anak..
BalasPadamkesannya anak-anak rapat dengan saya
Betul tu, anak2 akan jadi rapat dengan ayahnya
Padamalahai comelnya...seronok dia dapat kasut baru ek...biasa macam tu la kan sis, sebab lelaki ni dia jarang2 nak buat benda sweet, kadang dia sendiri pun tak perasan, benda yang dia buat tu sweet sangat...haha
BalasPadamSetuju sangat part yang dia sendiri tak sedar dia buat benda sweet tu hehe
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.