Ada macam bunyi lori tilam yang lalu depan rumah tak?
Dengan hanya bermodalkan RM149, 2 sofa lama dan lusuh yang dah koyak kulitnya sampai terkeluar bulu, yang dan penuh dengan kesan cakar kucing, boleh ditukar dengan
yang baru. Sangat berbaloi! Mana nak dapat sofa dengan harga tu!
Ok mungkin aku oversell dalam pernyataan di atas, kih kih..
yang baru. Sangat berbaloi! Mana nak dapat sofa dengan harga tu!
Ok mungkin aku oversell dalam pernyataan di atas, kih kih..
Ayat yang tepat adalah, dengan harga sebegitu, 2 sofa lusuh, koyak dan penuh kesan cakar kucing tu boleh ditukar 'wajah'nya agar nampak elok sedikit.
Inilah
rupa asal sofa tu.
Sofa ni sebenarnya dari rumah mak abah, lama dah abah beli, rasanya dalam tahun 2005 macam tu kot? 15 tahun dah. Tapi 2018 haritu diorang pindah, dan let go sofa ni, jadi kami ambil yang 1 seater dan 2 seater. Sebab rumah kitorang pun dah ada set sofa yang 1 + 2 + 3 tu. Ada space lagi, why not kami ambil kan? Barang kenangan juga ni. Eheh..
Tengoklah rupa dia tu, lusuh teruk. Tapi sofa ni aku suka, sebab dia sangat lembut, dan lebar. Walau kat yang 2 seater tu, memang orang dewasa bersaiz gajah macam aku ni pun boleh tidur lena, apatah lagi yang 3 seater tu. Tapi tulah, nak ambil yang 3 seater tu, dah ada yang cop masa tu. Tak apalah, tak ada tempat nak letak pun.
Yang 1 seater tu pulak memang sangat menggamit kenangan. Dulu, tiap kali arwah atok datang rumah mak abah, situlah pot dia selalu duduk. Dia akan bersandar atas kerusi tu sambil sembang-sembang, adakala dia tidur sambil duduk atas tu. Itu yang aku nak sangat ambil simpan kat rumah aku. Tapi itulah, dah seasoned, dah sedehh sangat rupanya.
Nak buang sayang, jadi decide nak beli sarung je lah.
Ayu pulak suka korek-korek isi sofa tu keluar, geram mak!
Maka baiklah sarung.
Belek-belek Shoppee, kebetulan ada diskaun.
Ke memang tu harganya tak taulah, tapi affordable. Jari ini pun klik add to cart laju-laju haha
Kebetulan lepas beli tu, kebenaran rentas negeri diumumkan, berdesup kami balik kampung, lupa terus ada order barang kat shoppee.
Jadi masa kat kampung, jiran sebelah whatsapp kata barang sampai, kebetulan suami dia ada kat luar rumah, jadi dia ambilkan. Semoga murah rezekinya sebab tolong simpankan barang kitorang 😊
Tengok dekat shoppe, model tu sarungkan kusyen dia dengan penuh senyuman kegembiraan. Nampak macam senang je kan?
Salah!
Aku rasa sangat pening dengan sarung tu hahaha
Last-last aku give up, zaimi yang teruskan pasang sorang-sorang, selit-selit batang styrofoam dia tu. Aku tolong masa ikat kat bawah je. kih kih..
Terima kasih zaimi, sesungguhnya kamu penyabar 😆
Bolehlah, dah tak nampak lubang-lubang semua.
Ayu pun dah tak boleh nak korek-korek isi sofa tu lagi.
Kena perkemas sikit terutama dekat yang selit-selit batang styrofoam tu.
Tapi kenapalah aku pergi beli warna sama dengan dinding, sama jugak dengan langsir
😂😂
Dah sama je rupanya..
Hentamlah labu, dah buruk sarung ni nanti baru beli warna lain eheh
wahhh menarik... cantik hasilnya bila dah di tukar kulitnya tuh...
BalasPadamTersorok segala cela hehe
PadamCantik.. Mudah dah sekarang.. Beli sarung terus sofa jadi baru..
BalasPadamitulah, jimat dan hilangkan sakit mata memandang :D
PadamCantik dah.
BalasPadamSusah nak sarung ya? Hehe belilah warna lain lagi, boleh buat tukar-tukar.
susah! give up dibuatnya haha
Padamada jugak terfikir ;)
Kreatif sgt dah ni kak
BalasPadamhuhu.. terpaksa demi mata
Padamrajinnya nak mencantikkan yang sedia ada. mesti bahagian yang agak susah bila nak ketatkan. pernah tgok ayah buat mcm ni. dkt sofa arwah nenek. nak dibuang sayang, sbb itu je yang ada kenangan.
BalasPadambetul, nak ketatkan 1 hal, nak tau mana depan mana belakang pun dah pening hahaha
PadamNak buang sofa bukan senang kan.. pakai sarung cm nie pun oke sangat..
BalasPadamYa betul tu, mana nak letak kan, letak depan rumah sah2 majlis tak angkat
Padambaik beli sofa yg baharu terus la syaz...alang2 beli biar yg baharu terus...heheheh
BalasPadamsayang sofa tu (dan duit jugak) hahah
Padamsedap tak kain dia? terasa nak beli juga..hehe ♕Tiara Sapphire♕
BalasPadamKain dia macam baldu hehe
PadamCantik semula kejadiannya macam baru
BalasPadamJimat duit beli sofa baru hehe
Padamsalam kenal syaz.
BalasPadamjimat dah ye. tak perlu beli yang baru.
Salam kenal azian, terima kasih singgah :)
Padamcantik dh sofa menghias ruang tamu
BalasPadamelok sikit dari sebelum ni :)
PadamSangat menyelamatkan hehe
BalasPadamnasib baik xbuang sofa nih..kan dah nmpak baru..cantik je :) yg pasti jimat dah kan!
BalasPadamBetul3 macam ipin cakap hehe
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.