Sejak PKP bermula 18 Mac yang lepas, memang tak ada adalah outing kami 1 famili ke mana-mana. Kami ni boleh tahan patuh arahan kerajaan tu, plus takut juga terjangkit wabak Covid19 yang masa tu semakin lama semakin
meningkat tu.😅
meningkat tu.😅
Jadi setelah lama mereput di rumah, balik kampung haritu pun mereput saja di rumah parents masing-masing, maka semalam kami terasa nak bawa anak-anak tengok dunia sekejap. Why not kan?
Settlekan WFH apa yang patut, dalam 4++pm kami clock out, dan berdesup pergi ke Port Dickson (PD). Jarak PD dari rumah kami pun taklah jauh mana, dalam 30 minit dah sampai, lagipun traffic lancar je petang semalam.
Adam amir dan ayu memang sangat excited lah kan, bising je dalam kereta duk bergurau sesama sendiri.
Dalam 5pm kami dah sampai PD, pemandangan dari dalam tingkap kereta sangat menimbulkan perasaan terharu..agitcheww
Terharu rasanya dapat tengok laut kat PD tu, berkilau-kilau kena panahan cahaya matahari.
Sampai area Pantai Saujana tu, nasib kami baik sebab ada parking dekat. Pakai topeng, sanitize tangan, terus terjah pasir pantai!
Anak-anak memang happy gilerr sangat-sangat, terutamanya amir. Dia memang tak sabar-sabar, terus pergi tepuk-tepuk air laut.
Sebab masih PKPP, mak memang tak plan nak kasi anak-anak mandi, jadi memang tak bawa baju spare. Geram je diorang nak berendam, tapi zaimi kata biarlah dulu. Nanti lepas-lepas ni baru mandi-manda. Harini enjoy view dan angin dulu.
Adik ayu pun seronok main korek-korek pasir dengan abang-abang dia.
Mula-mula dia geli-geli jugak nak pegang pasir tu, tapi tengok abang-abang dia rileks je, dia pun memberanikan diri.
Omak pun, walau tengah menikmati keindahan laut dan pantai, tetap nak tegur jugak budak-budak tu kalau dah terlebih-lebh sangat mainnya kikiki
Sebab dah pesan, taknak kotor-kotor baju, amir yang overexcited duk baling-baling pasir kat kepala adam dan ayu, memang kena 'haipp' la ahaha
Ya saya mak jenis conventional, tak selembut Hanis Zalikha 😅
Indahnya pemandangan, tak mungkin seindah yang di dalam gambar.
Subhanallah.
Photo by adam, tak sempat nak posing dia dah snap.
Nak cepat main pasir 😏
Topeng muka budak-budak tu memang yang jenis acah-acah je, kain nipis sangat. Beli kat carboot ada brother jual masa kat Balok haritu.
Saja lah kasi pakai, konon diorang pun nak merasa pakai topeng.
Pergi tempat less crowded bolehlah, kalau tempat crowded ke, kedai ke, memang takkan bawak lagi setakat ni. Biarlah dulu. Nanti-nanti boleh pergi.
Dan yang terpaling best, zaimi belanja coconut shake.
Ya rasa dia tersangatlah sedap, syahdu gilers dapat sedut hahahah
That's all 😘
Bagus lah patuh arahan. Daripada berdegil pasti susahkan banyak pihak.
BalasPadambetul tu hehe :D
PadamSeronok jalan-jalan ambil angin pantai.
BalasPadamComelnya face mask kanak-kanak tu.
Seronok! Comel kan, tapi tak ikut spec hehe
Padambestnya dapat pergi tepi pantai... best duduk dekat dengan PD, comel je 3 beradik tu ber mask
BalasPadamBest best! Nanti datanglah PD hehe
PadamBetul Ailee, rindu nak pergi mall jugak, tapi tak berani, itu yang ke pantai tu hehe
BalasPadamkalau masih sesak, baik tak pergi dulu :)
BalasPadamWah seronok jalan2 hehehe..teringin jugak nak pergi pantai PD. Duk sebut ja nak pergi tapi tak sampai2 lagi.
BalasPadamApa kata kalini, sebut terus start kereta, jalan ;)
Padamlast kak ana ke PD dua minggu sebelum PKP pertama , rindu sangat deruan ombak laa ni :)
BalasPadamAdik beradik sedondon mask doremon! Olololo...!
BalasPadamhahaha beli corak sama, supaya tak berebut :D
Padamshida pun sehngga skg masih patuh..duduk rumah, setakat ni belum lagi ke mana-mana.
BalasPadamelok macam tu ;)
PadamDapat kena angin 10 minit pun dah syukur :D
BalasPadamdah lama x berjalan... sekali dapat kuar jalan jalan mmg seronok sgt ler.
BalasPadamSangat sangat sangat :)
PadamAdoi.. Bestnya kalau dapat ke laut..
BalasPadamsha pun nak bawa anak-anak ke laut juga nanti..
bawa lah, take care ;)
Padamcantik semua pic ampak hepi semua nikmati keindahan pantai PD
BalasPadamaah sangat happy semua :D
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.