Pengenalan Ebola
Ebola adalah sejenis virus dari genus Ebolavirus , familia Filoviridae , dan juga nama dari penyakit yang disebabkan oleh virus tersebut. Ianya dijumpai pada tahun 1976, di Sungai Ebola, di Kongo. Kebanyakan kes adalah berlaku di Barat Afrika terutamanya di Guinea, Liberia, Sierra Leone, dan Nigeria.
Cara berjangkit
Ianya berjangkit apabila badan kita terkena dengan cecair orang atau haiwan yang dijangkiti virus ini. Cecair badan termasuklah air liur, najis, air kencing, dan darah. Haiwan yang biasa terkena ebola ialah dari jenis primat iaitu seperti monyet.
Masa Inkubasi
Masa inkubasi adalah daripada tempoh 2 hari hingga 3minggu. Ini bermakna, apabila seseorang terdedah kepada virus ini, seseorang akan hanya mendapat gejala-gejala bermula daripada 2 hari hingga ke 3 minggu.
Gejala-gejala yang timbul
Virus Ebola adalah sangat virulen, bermaksud boleh menyebabkan kadar kematian yang tinggi jika dijangkiti. Antara gejala- gejala yang timbul ialah bermula dengan sakit-sakit badan, rasa lesu. Kemudian pesakit akan mula demam. Ianya berlaku dengan cepat. Sebagai contoh jika rasa sakit-sakit badan pada waktu pagi, pada waktu petang pesakit akan mula mendapat demam, batuk-batuk, cirit-birit dan muntah dan ruam-ruam di badan.
Pengesanan awal
Penyakit ini agak sukar untuk dibezakan dengan penyakit-penyakit lain, kerana gejalanya adalah sama seperti penyakit lain yang agak biasa seperti jangkitan demam selsema, pneumonia, denggi, dan malaria.
Perkara yang membezakan ialah sejarah pernah melawat tempat-tempat yang berlaku wabak Ebola. Sampel darah akan diambil dan akan diuji di Makmal Kesihatan Awam untuk mengesahkan penyakit ini.
Langkah-langkah pencegahan
Berdasarkan maklumat sedia ada dan daripada pihak WHO (World Health Organization), National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) telah membuat analisa risiko ke atas kemungkinan penularan wabak ini di Malaysia masih lagi rendah jika dibandingkan di Afrika Barat. Setakat ini, tiada kes ebola yang dilaporkan di Malaysia.
Jika anda pernah melawat kawasan-kawasan yang diserang wabak ebola ini, sila laporkan di pintu masuk Imegresen. Jika anda mendapat gejala-gejala ini, silalah segera ke klinik kesihatan atau hospital berhampiran.
Setakat ini, belum ada ubat atau vaksin yang boleh mencegah penyakit ini.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia, www.moh.gov.my dan Facebook CPRC.
Sumber: Emel dari Nur Asyhraff Mohd Noor, UiTM.
Bersamalah kita berdoa agar dihindari dari penyakit..
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.