Hello korang..
Macam yang cakap kat entry Love You Mr. Arrogant sebelum ni lah, minggu lepas aku balik Kota Bharu, kampung zaimi..
Ada 2 perkara yang terpaling tak best telah terjadi..
Yang best-best aku malas plak nak cerita lagi.. hihi..
Yang pertama,
Masa hari balik ke Kota Bharu tu, anak aku sebenarnya baru je 2 hari lepas cucuk 6 bulan tu..
Makanya, dia macam ada mild fever, dan hidung dia agak tersumbat..
Aku memang kalau hidung baby aku ni tersumbat, aku akan sapu kunyit kat batang hidung dia, lepas tu sembur sterimar dan zaimi akan sedut guna penyedut hingus cap Pigeon tu..
Nak dijadikan cerita, sterimar yang aku bawak balik tu dah semput.. sikit sangat tinggalnya..
So decide nak beli yang baru lah.. pergilah dekat farmasi yang aku lupa dah nama dia, dekat lah dengan rumah mertua aku ni, dekat Taman SBJ tu..
Sekali takde jual. Erkk.. dia pun macam blur bila zaimi sebut sterimar. Bila explain sikit apa kebendanya sterimar tu, baru dorang paham, dan kata sterimar tak ada jual, dorang jual Iliadin. Fungsi sama katanya, tapi bukan jenis spray halus macam sterimar tu, dia jenis titik titik.
Kitorang takmau. Sebab nanti susah nak masukkan dalam lubang hidung adam yang for sure akan mengamuk!
So ke pekan Kota Bharu kita. Pergilah kat Farmasi Kian ke apa tah, yang agak besar kat area banyak backpackers lodge kat tengah-tengah KB tu, pun jual Iliadin jugak. Arghhh stress.
Risau dah ni, adam dah srot sret srot sret. Before ke KB ni tadi pun ada singgah Manjaku dengan Twins Baby kat area Tesco KB tu, pun tak ada jual.
Last2 aku nampak ada Guardian dekat2 dengan Farmasi Kian tu. Aku suruh zaimi try tanya. Kot kot ada.
Berdebar je masa aku pandang zaimi masuk guardian tu..
jeng jeng jeng!
Aku nampak zaimi duk angkat kotak sterimar tu duk tayang kat aku kat dinding cermin guardian tu.. yea! *omg ayat berterabur*
Jumpa jugak.. mak oi payahnya nak carik.. adakah orang Kota Bharu tak guna sterimar? sebab dekat Senawang ni, kitorang beli sterimar tu dekat farmasi kecik dalam taman ni je.. hew hew hew..
Perkara tak best yang kedua,
Memang super tak best. Sangat.
Ceritanya lepas adam dah sihat sikit, adalah zaimi ajak keluar jauh sikit.. jalan-jalan dengan mak dia sekali.. aku on je.. sebab duduk rumah pun tak ada nak buat apa sangat..
tung tang tung tang pergi jalan semua, masa on the way balik tu tetiba adam macam merengek pulak bila mak mertua (mil) aku dukung.. letih gamaknya.. so masa kereta tengah bergerak mil aku pass la kat aku.. oh masa tu aku duduk depan, sebab saja bagi mil aku yang kelek cucu dia..
tapi walaupun dah duduk dengan aku, budak bertuah tu still tu strecth kan badan dia dan nangis2 semua.. memang last2 aku suruh zaimi berhenti mana-mana untuk aku masukkan dia dalam carseat.. sebab mil aku macam tak biasa nak masukkan.. carseat tu sebelah mil aku je.. takpelah.. maka berhentilah dekat 1 masjid ni..
aku pun dengan yakin dan perasan cunnya, bukak pintu kereta dan keluar.. sekali dengar bunyi 'depop'.
erk.. masa tu hati memang dah luluh dah..
baik punya henset aku menyembah jalan berbatu kat parking masjid tu, facedown.
Aku saja taknak angkat lagi henset aku. Aku settelkan ada dulu.. ikat dia elok2 kat carseat dia.. tutup pintu kereta.. then baru aku angkat henset aku.
Sah.
Pecah.
T__T
Tapi still la kau boleh touch tolak2 screen apa semua.. cuma.. pecah.
Sedih kot. Baru beli 3 bulan lepas.. arhhh!!!
Aku takleh sabar nak tunggu balik Senawang baru nak repair. Sebab macam bahaya pun ye gak, sebab ada kaca-kaca halus kat retak tu. Bila kau letak jari, rasa macam bergaram.
T_T
So esoknya ajak Zaimi pergi Billion Kota Bharu. Aku tau situ ada tempat repair handphone kat Kota Bharu ni. Actually, aku mana tau ada kedai lain kan. Haha. Zaimi pun bukannya duduk KB dah, so dia pun tak berapa tau. Yang aku tau ni pun sebab pernah pergi tanya kat situ masa skrin handphone zaimi pecah tahun lepas.
Nak buat macam mana, tahun ni rezeki aku pulak pecah. T_T
Tanya-tanya.. untuk Galaxy Grand harga skrin tu rm250. Tapi dia kurangkan jadi RM220.
Tanpa pikir panjang, aku setuju terus hahahah!
Dia kata siap dalam 2 jam. Ok sangatlah tu. Lega weh!
Dari nak biar je pecah tu macam tu, adam plak dah lah suka benar menghisap telefon mak ayah dia ni.. pantang leka! Dan dari nak beli telefon baru kan? Nan hado kau duit? Baik guna duit tu nak masuk rumah baru ni..
So, after 2 jam, siap. Yea!
Siap aku kena bebel dengan cina tu.. katanya inilah akibat tak pakai casing. Yelah yelah..
Aritu aku buka casing tu sebab macam rimas.. sekarang aku pasanglah balik..
Tak pasal-pasal melayang duit..huks..
p/s: By the way masa kat Kota Bharulah aku dapat tau kes pegawai AMBank kena tembak dekat kepala tu.. serius ngeri. Memang keji sangat perompak tu. Al-Fatihah untuk Norazita Abu Talib.. takziah untuk keluarga dia.. Kepada Ardi Hamza tu, aku harap sangat dia ditangkap dan dapat balasan setimpal! Kejam!! Dua orang anak yang masih kecil tak pasal-pasal kehilangan kasih seorang emak..
Tragedi Ngeri 2013
0
Oktober 29, 2013
Tags
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.