75 hari sudah usia anak lelaki aku ni.. Alhamdulillah.
Aku pun dah balik Senawang sementara nak tunggu masuk kerja balik 1 Julai ni..
Serius rasa mendal je memikir nak masuk kerja haha..
Nampaknya kena reset minda balik ni, kena mintak tolong dengan Ustazah Muhaya ni..hik hik..
Erm setakat hari ni, perkembangan Adam kira ok la, right on the track kot.
Haritu masa bawak dia pergi Klinik Kesihatan Semenyih untuk injection 2 bulan tu, panjang dia dah 58cm, berat dia dah 4.95kg. heee.. Dahlah masa kena bolengkan dia untuk timbang tu, elok je nak pakaikan baju balik, selamba je dia kencing kat cot tu. Aduss.. Anak lelaki lah katakan.. Bila kencing tu, pancut terus..haha :P
Adam pun dah boleh membalas senyuman, dan dah boleh pandang kita bila kita panggil dia. Dan dah pandai bersuara.. agugu.. gher gher.. hey hey.. wuu.. gmm.. erk.. macam-macam.. serius seronok bila dia dah pandai di agah :D
Adam pun memang dah pandai minum susu guna botol, agaknya dia memang dari kecik dah minum susu formula, bukan susu ibu semata-mata.. Sebab susu aku kurang.. Puting pulak memang aku ajar kat dia, sebab nak bagi dia senang tidur.. Sebab setakat ni aku tak ajar dia buaian lagi, nak bagi lena bagi je dia nyonyot.. Nanti bila dia dah tidur, dia sendiri yang akan luahkan puting tu.. Mula-mula aku beli puting Pureen biasa tu je, tapi ada kawan suggest supaya beli orthodontic pacifier, sebab puting yang orthodontic tu bentuk dia macam puting ibu masa anak nyonyot, jadi dia kira macam elok lah, tak akan ganggu proses budak tu bercakap nanti..
AKu beli yang jenama NUK dekat Manjaku Taipan Senawang tu.. Dah penat gugu gugu gege gege, dah ngantuk, sumbat je 'candu' dia tu, lalok lah lepas tu.. :D
Tangan dia pulak dah pandai nak belajar genggam-genggam.. Semalam dia bangun dari tidur, lepas tu lapar sangat gamaknya, masa zaimi nak susukan dia, dia pegang sendiri botol dia..haha.. funny!
hmmm...
Sedih pulak bila fikir nak kena tinggalkan dia dekat pengasuh bila dah start kerja nanti..hmm..
Harapnya semua akan OK.. Niat kat hati nak suruh mak aku yang jaga.. Tapi rumah mak jauh pulak dari tempat kerja, kalau on the way ke tempat kerja tu senanglah.. Ini? Hmm..
Nak suruh emak yang duduk kat rumah aku ni, payah pulak. Banyak benda nak dipertimbangkan. Lagi pun, aku tak nak susahkan mak.. Dia pun mesti tak selesa duduk sini, rumah sewa aku ni kecik sangat. Bila ada 5 orang kat ruang tamu, orang yang ke-6 mesti dah tersiput-siput tak tau nak selit celah mana nak duduk..huhu..
Tak apalah.. Aku berdoa supaya pengasuh tu tak sia-siakan anak aku.. Harapnya dia dapat lah jaga anak aku dengan ikhlas, dan tak biarkan Adam menangis lama-lama.. :(
Huwaaarhh tension!
Bertawakal je lah -_-"
p/s: Sejak tadi aku tengok TV ni, asiklah keluar iklan Astro First Bikers Kental ni. "Saiya Sukaporn" Nasib baik dah beli haritu..haha.. Bolehlah layan filem tu.. 3 bintang 1/2.
Gang Nasi Sejuk Sarapan Apa Minggu Ini?
-
Bismillahirrahmanirrahim.
Gang Nasi Sejuk kadang-kadang tidak dapat makan serentak. Ada yang
tiba-tiba ada tugas, dan ada yang dapat terus ke kantin. Ada ...
54 minit yang lalu
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.