Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan. - SUMBER.
Wah!!
Adakah ini benar?
Benar-benar benar?
Pada artikel yang sama juga dinyatakan bahawa CUEPACS sedang berusaha untuk menekan kerajaan turunkan kadar faedah pinjaman perumahan kepada 1%.
Kalau betul lah berita ni, memang terbaiklah.
Jadi wahai pekerja-pekerja gomen sekalian, marilah kita senyum beramai-ramai ketika bekerja ye. Ala, senyum itu sedekah, ye dak?
Ini antara berita yang banyak dikongsi lah dekat Facebook harini..
Kalau betul, Alhamdulillah.
:)