Hari minggu memang best.
Hari bermalas-malasan.
Bangun pagi tadi, just goreng meehun je sebagai sarapan.
Lepas tu lepak-lepak depan TV sementara nak tunggu tengahari.
Dan tiba-tiba dapat ilham nak tambah baju baby. Keh keh keh..
Bodek zaimi ajak pergi Twins Baby yang baru bukak dalam tahun lepas dekat deret kedai-kedai baru kat Senawang tu. Bodek punya bodek, dalam pukul 1 macam tu keluar rumah.
Bila masuk je, perasan jugaklah yang kedai tu besar dan barang dia tak penuh lagi. Maybe jugak dia baru bukak kot. Dan promoter dia pun macam pandang-pandang macam tu je, tak datang dekat.
Cantek. Aku memang kekok sikit kalau nak membeli-beli ni kalau promoter duk ikut je memanjang. Rasa macam tak nak beli pun ada kalau dia asyik duk ikut je. Haha.
Tengok kat bahagian baju-baju, target nak beli dalam 3-4 pasang lagi.
Sebab terfikir jugak, budak kecik ni kadang-kadang muntah lah, termuak lah.. Jadi beli baju biar cukup lah kot. Walaupun sedar yang selalunya budak-budak ni badan dia cepat naik. Takpelah, beli jugak. Nafsu bergelora nak beli. Kikiki...
Pilih punya pilih, tengok harga dia tak adalah menyebabkan aku kena mentally traumatized macam aku pergi satu kedai kat Mines haritu. Hahaha. Bolehlah, harga dia boleh tahan, kena dengan kecomelan baju-baju dia. Dan ada banyak jenama jugak. Ada Baby Popeye, Paddington Bear, Bebe, Pureen dan macam-macam lagilah.
Then dah puas cuci mata, layan nafsu, sambar 4 pasang, dengan tambah mitten booties sikit, beli beg baby satu, bayar dan gerak balik.
Samoai je kat rumah, macam biasa pergi salin baju semua, then tak sabar nak tengok balik hasil tangkapan kat Twins Baby tadi. Ambik lah baju yang atas sekali dalam plastik tu. Bukak-bukak je sendiri yang terkejut.
Skirt...??
Eh..aku beli gown? Apa kejadahnya semua ini..??
Kenapa aku ambik gown gambar Olive Oyl ni..??
Ah sudah.. boleh pulak aku tersalah ambik. Apa punya careless lah.
Masa kat cashier tu boleh pulak tak perasan tadi.
Agaknya mata sibuk duk tengok benda-benda lain atas meja tu.
Aaaa...boleh tukar tak ni?
Zaimi suruh aku call nombor dekat resit tu.
Ikut hati tak nak dah pergi tukar, malu.
zaimi kata tukar jugak. Nak buat apa skirt tu nanti?
Terus aku teringat cerita P.Ramlee Ibu Mertuaku, ada scene anak Kassim Selamat si Tajudin tu duduk dalam crib sambil pakai gown. hahah!
Ok call, tokey dia kata datanglah. Boleh tukar.
Pheww.. Lega. Pergilah balik di tengah-tengah panas terik tengahari tu.
Ambik sepasang pyjamas pulak..
Adeh.. Tak pasal-pasal. Tu lah, cuai.
Lain kali, beli apa-apa jangan over excited ye.
Pandang dekat apa yang cashier tu pegang.
Kui kui kui..
Sekian kisah bakal ibu yang sengal.
Bakal Ibu Yang Sengal
0
Februari 02, 2013
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.