Last aku update blog ni adalah pada Ogos 2011.
2011?
2011???
Lamanya!
2-3 hari lepas, tergerak semula hati aku untuk blog. Maybe sebab aku rasa aku dah boleh adapt dengan alam kerja sikit kot? Sebenarnya, itulah punca sebenar aku berhenti blog. Aku dapat kerja. Kerja pulak ya Allah punyalah busy *konon*. Dengan tak biasa dengan kerja tu, aku macam bengong pulak bab pembahagian masa.
Jadi, kalau ada orang nak search tentang:
1) Maharaja Lawak
2) Maharajalawak Mega
3) Maharajalawak 2012
4) Perkahwinan Apek dan Leuniey
5) Lee Chong Wei dapat pingat perak Olimpik
6) Super Spontan
7) Johara Pagi Era
8) Masterchef Selebriti Malaysia
9) AJL 27
10) Hantu Kak Limah Balik Rumah
11) Kumpulan Shiro
12) Adam & Hawa
13) Aaron Aziz dan Nadiya Neesa
14) Neelofa dan Anzalna
15) Abby Abadi pakai tudung
Dan sebagainya lagi yang terjadi antara Ogos 2011 tu dengan 26 Januari 2013 ni dekat blog aku yang merapu, memang tak kan ada lah. Haha. Eceh macam lah blog aku ni informatif sangat kan.
Kononnya aku nak tutup terus blog ni, gatal pulak buat blog baru kat SINI. Asalnya sebab aku punya domain www.nursyazni.com tu dah mati, dan aku haram tak renew. Maka blog ni macam dah terkubur begitu saja.
Tapi bila fikir-fikir balik, sayang pulak. Maka, aku pun cancel ajelah nak bukak blog baru tu. Sambung je lah blog lama ni. Walaupun aku rasa gap antara aku yang lama, dengan aku sekarang ni amatlah ketara. Kah3. DUlu tulis blog pun nampak benor hingusannya. heee.
Seriously, hidup aku memang dah berubah 360 darjah sejak tak update blog. Eh, aku masih perempuan ok. Jangan ingat aku dah jadi jantan pulok. Haha!
Antara perkara yang terjadi kat aku sepanjang aku singkirkan dunia blog ni dari hidup aku *ayat poyo* adalah:
1) Aku bukan lagi makwe Zaimi. Aku dah jadi isteri dia. Yeah! I'm his wife now, Alhamdulillah! Tarikh nikah kami adalah 20 Januari 2012. Dah setahun kami kahwin :)
2) Aku dapat adik sepupu baru! Such a great news. Angah aku yang dah 15 tahun menanti anak kedua, akhirnya dapat anak sorang lagi. Pregnant right after kenduri aku dengan zaimi. Dan baby Aisyah Safiyya dilahirkan 2 November 2012 haritu. :)
3) Aku dah merasa balik beraya kat rumah mertua. Jeng jeng jeng! I have in-laws now. I'm happy :)
4) Aku mengandung! Alhamdulillah. Allah lambatkan sikit rezeki mengandung aku, lepas 7 bulan kahwin baru dapat. Sekarang, aku dah 7 bulan membawa si kecik ni. Berdebar sungguh rasanya nak masuk fasa baru lagi dalam hidup. Dan pengalaman mengandung ni memang asyik yaw!
5) Asyik memang asyik lah, tapi ada jugak pengalaman menyedihkan. Aku ni kena diabetis pulak waktu pembawakan budak ni. Siap masuk wad lagi sekali tu. Takpelah anak, mak sanggup demi kamu :)
6) Aku ada kucing baru! Selain Elin dengan Teteh, sekarang kami ada Memey dan Etot. Asalnya Memey tu aku bela sendiri sejak kahwin, tapi ramai yang nasihatkan aku tak uruskan najis kucing masa mengandung ni. Makanya, pos balik rumah mak untuk sementara. Etot pulak, abah yang kutip. Baik betul Etot tu, kucing sedar dek untung! Love all my kitties!
7) Hal kerja pulak, aku dah dapat post jawatan tetap. Alhamdulillah. Hope I will cope and doing well. Ada meja sendiri, ada bilik sendiri. Tak perlu harap duit jual novel terpakai lagi. Akhirnya sijil master aku berguna. Alhamdulillah.
8) Oh lupa pulak nak cakap, sejak aku kahwin dengan zaimi ni, dah 3 kali tukar rumah sewa. Kah3. Mula-mula duduk sekejap dekat rumah Flat Taman Waja zaimi tu. Pastu rasa nak duduk rumah atas tanah dan ada lebih privacy sikit. Maka pindah ke Senawang. Jauh kau dari tempat kerja! Pastu, rasa tak best pulak rumah tu, sebab jiran sangat bising. Pagar pun rosak, segala sampah asyik masuk dalam rumah. Mana larat beb. Pindah pulak ke rumah sekarang. Kecik sikit but cozy :)
Itu ajelah major event dalam hidup aku setakat ni. Kalau ada lagi nanti teringat, aku story lain.
Eh dah pukul 12.28am.
Encik suami dah jauh dah melayang dalam lena. Aku ni pulak selsema tak sudah-sudah sejak dari rumah mak tadi. Kenapa entah.
Ok lah, nanti update lagi insyaallah.
Nak cuba untuk tidur.
Selamat malam Malaysia :)
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.