Hello Readers =)
Dua bulan setengah sudah berlalu Arwah Din Beramboi meninggalkan kita, kadang-kadang rasa rindu pulak nak dengar dia mengarut pagi-pagi di radio ERA..
Memang tak dinafikan, aku adalah salah seorang peminat setia segmen Sawancara yang dikendalikan oleh Aznil Hj Nawawi dan Arwah Din Beramboi.. Memang kelakar habislah! Arwah Din Beramboi sangat kreatif!
Pak Nil ada menceritakan asal usul sawancara ini yang sebenarnya dah bermula hampir 15 tahun lalu lagi di Metro. Banyak sejarah di sebalik Sawancara ini yang aku tak tahu, terima kasih Pak Nil sebab sudi bercerita :)
Paknil bangga kerana apa yang terhasil dalam Sawancara ini adalah hasil usaha kami berdua sendiri dengan bantuan dan kepercayaan pihak pengurusan Era. Jika ada yang menyarankan agar sawancara ini diteruskan di slot Riuh Pagi Era, mungkin Paknil terpaksa berfikir sepuluh kali. Bukan kerana Paknil tidak mampu melakukan perkara yang sama dengan pelawak lain tetapi bagi Paknil, Din sudah meletakkan tahap kerja yang sukar ditandingi orang lain. Lagi pun, nadi untuk Sawancara ini ada pada Din dan Din sudah membawa nadi itu bersamanya- Aznil Hj Nawawi, Harian Metro .
Betul tu Pak Nil, bukan niat mahu membeza-bezakan, tapi memang Arwah Din Beramboi seorang yang sangat hebatlah! Pada pendapat aku, lebih baik jangan dibuat Sawancara ni dengan orang lain. Sebabnya:
1) Nanti orang baru itu akan dibeza-bezakan oleh pendengar, mesti dia kecil hati.
2) Biarlah Sawancara itu menjadi kenangan khas untuk Arwah Din Beramboi..
Beberapa hari lepas juga, album Sawancara ini telah pun dilancarkan..yea!
Aku mesti dapatkan album Sawancara ni!
Macam mak aku cakap, sekurang-kurangnya, kalau boring2 masa drive bolehlah pasang!
Mungkin ada yang cakap, nanti kalau pasang hari-hari bosanlah lama-lama nanti..
Ala senang je, tak payah pasang hari-hari..hehe.. Hari lain dengarlah radio macam biasa..kan?
Perancangan untuk album ni ok jugak, sebab Album Sawancara ni nanti akan dijual dalam dua pakej,
iaitu pakej full yang memuatkan 30 Sawancara, dan juga pakej budget, yang hanya ada 15 Sawancara.
"Album ini mempunyai dua pakej yang masing-masing berharga RM19.90 dan RM9.90 yang mana kita memberi peluang kepada semua golongan untuk mendapatkannya mengikut kemampuan mereka" , Norman Abdul Halim, selaku pengedar album tersebut. - mStar Online.
Album ini juga katanya boleh didapati di kedai menjual cakerapadat berhampiran anda..heheh..
Aku nak kumpul duit la, nak beli.. Eh dah 24 tahun pun kena kumpul duit? haha!
ps: belilah yang original!
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.