Salam semua..
Apa khabar? Sihat?
Ramai juga yang tertanya-tanya, macam mana keadaan Aznil Hj Nawawi yang lebih mesra dengan panggilan Pak Nil, selepas kematian sahabat karib dan teman sekerjanya, Arwah Din Beramboi..
Secara logiknya, mestilah beliau sedih..
Seperti yang Pak Nil beritahu kepada HarianMetro hari ini,
arwah Din Beramboi seorang yang suka menyakat dan akan buat apa sahaja untuk Aznil tersenyum walaupun pada ketika Aznil sedang dalam keadaan moody.
Menurut Aznil, arwah Din Beramboi pernah berkata,
"masalah tidak akan selesai kalau kita sedih atau menangis"
sebab itulah arwah sentiasa gembira dan menggembirakan orang lain sepanjang hayatnya..
Menurut sumber juga, Aznil menyatakan perasaannya ketika ini sebak dan sunyi sejak pemergian arwah yang mengejut.. Katanya lagi, slot Riuh pagi Era tidak akan ceria lagi tanpa arwah..
Betul kata-kata Pak Nil tu..aku pun rasa begitu..
Para pendengar akan terasa kehilangan buat waktu ini..
Tapi apalah kudrat kita sebagai hambaNya..
Qada' dan Qadar haruslah kita terima dengan redha..
Ada 1 iklan yang sering keluar di Astro mengenai slot Riuh Pagi Era,
dimana Aznil dan arwah Din Beramboi beraksi dalam iklan tu..
setiap kali iklan tu keuar, aku mesti ketawa..
Even sekarang pun, kalau aku tengok iklan tu kat Fan Page Aznil & Din Beramboi di Facebook,
aku tetap rasa nak ketawa.. Tapi bila teringat arwah Din Beramboi dah tak ada.. sedih tu ada jugak..
Korang boleh tengok video iklan tu kat sini.
ps: kepada yang tidak suka arwah Din Beramboi semasa hayatnya, tak perlu la kot nak cakap padan muka beliau dah meninggal, otak ada, boleh pikir kot..