Semalam parents aku bergegas berangkat ke utara tanah air sebab dapat panggilan sepupu abah aku dah nazak..
Aku panggil dia Pak Lang Kod semasa hayatnya.. Arwah memang rapat sengan abah, dari kecik lagi..
Abah bertolak balik ke sini lepas menziarah dia semalam dalam pukul 11 malam.. Masa tu pun memang dia dah di hujung-hujung.. Namun abah tak boleh stay lame2 kat sana, sebab kami tinggal berdua beradik aje.. Jarak dan masa perjalan pun bukannya dekat..
Dalam perjalanan balik, abah dapat 1 panggilan dari famili dia, lebih kurang pukul 1 pagi.. Dia dah pergi..
Tamatlah riwayat hidup dia setelah separuh abad dia menjalaninya.. Dia meninggalkan seorang isteri dan beberapa orang anak..
Semasa hayatnya, dia seorang guru silat yang hebat.. Terlalu banyak ilmu2 silat dia tuntut.. Namun, semua tu tak berguna lagi ketika bertarung dengan Malaikat Maut.. Dia menjadi selemah2 insan.. Buah pinggangnya rosak teruk, sehingga salur kencingnya pecah dan mengganggu paru-paru.. keadaan yang sebenar aku tidak pasti, aku hanya mendengar cerita dari emak dan abah..
Semoga Arwah Pak Lang selamat semuanya, khabarnya akan dikebumikan selepas waktu Zuhur..
Al-Fatihah..
ps: gugurnya 1 lagi nyawa ketika belum sempat mencecah 60 tahun..